Loading...
Tajuk : Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK
link : Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK
Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK
Seorang ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu 1MDB di parlimen negara itu hari ini.
Usul dikemukakan anggota pembangkang itu menyatakan, parlimen bimbang dengan dakwaan berlaku salah laku dalam 1MDB, dan menggesa kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
"(Ini) untuk menunjukkan komitmen untuk berlakunya pilihan raya yang bebas dan adil, terutama apabila mengambil kira Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada 2020.
“(Parlimen) menggesa kerajaan memastikan dakwaan berlaku penyelewengan dana dari Malaysia untuk membeli aset di UK disiasat sepenuhnya," kata usul itu.
Bagaimanapun, usul awal itu hanya mendapat sokongan kecil sejak ia dikemukakan pada 18 Julai.
Setakat berita ini ditulis pada jam 4 petang ini (waktu Malaysia) hanya tiga orang anggota parlimen menyatakan sokongan terhadap usul dikemukakan oleh wakil Parti Buruh, Ann Clwyd itu. - MK
Thus Article Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK
Itulah artikel Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/wakil-buruh-kemuka-usul-1mdb-di.html
0 Response to "Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK"
Catat Ulasan