Loading...
Tajuk : Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’
link : Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’
Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’
SEORANG blogger automotif dari Britain baru-baru ini telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback, edisi terawal kenderaan keluaran Malaysia sejak ia dilancarkan lewat 1980-an.
Lapor portal Malaysian Digest, Ian Seabrook sanggup membeli kenderaan berkuasa 1.5 liter itu dengan harga hanya 50 pound atau kira-kira RM280 menerusi sebuah laman jualan dalam talian.
Menerusi reviu Ian, dia mengatakan bahawa kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak dapat berfungsi ekoran usia kenderaan tersebut yang telah melebihi 25 tahun.
Ujarnya, kerja-kerja membaik pulih akan mengambil masa yang panjang dan Ian menyatakan tidak sabar untuk memulakan kerja-kerja ‘restoration‘ terhadap kenderaan terbabit.
“Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya,”katanya melalui saluran Youtube beliau, ‘Hub Nut‘.
Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta buatan Malaysia yang kedua berjaya dibelinya selepas membeli Perodua Kancil pada 2016 lalu.
Rata-ratanya netizen memberi gambaran gembira melihat warga asing itu berpuas hati malah sependapat dengan pandangan Ian terhadap kenderaan ‘retro’ tersebut.
Proton Saga Aeroback merupakan edisi ‘hatchback’ daripada model sedan di mana bonet belakangnya lebih pendek daripada model asalnya.
Dilancarkan pada 1985, ia merupakan hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun dengan menggunakan platform Mitsubishi Mirage generasi pertama. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’
Itulah artikel Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/video-tak-sabar-nak-modify-proton-saga.html
0 Response to "Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’"
Catat Ulasan