Loading...

Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !

Loading...
Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !
link : Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !

Baca juga


Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau membuat “pusingan U” seperti yang kerap didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN), sambil berkata tindakan seperti itu tidak lagi perlu dilakukan kerana sudah menemui rakan kongsi sesuai iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau memilih parti pembangkang dan bekas seteru politiknya itu untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan pelbagai salah laku yang disifatkannya sebagai “jembalang”.
“Saya dapati ada persamaan dengan parti-parti pembangkang yang menentang Umno dan BN. Terdapat juga persamaan dengan Anwar Ibrahim. Saya dan Anwar boleh bekerjasama setelah saya U-turn,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
Menurutnya, gandingan mereka berdua “bersama dengan yang lain-lain” akan menjatuhkan kerajaan dipimpin Najib “yang mundur, korup dan kleptokratik”.
“Itu objektif saya bekerjasama dengan Anwar. Tidak perlu U-turn lagi. Ianya telah pun berlaku,” kata Dr Mahathir.
Minggu lalu, Najib mendakwa Dr Mahathir berbaik-baik dengan Anwar kerana bimbang bekas timbalannya itu akan memberikan keterangan dalam pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran wang asing (forex).
Suruhanjaya itu diumumkan Kabinet bagi menyiasat kerugian berbilion dolar dialami Bank Negara Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir, yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003.
Dr Mahathir hari ini menolak dakwaan beliau takut dengan keterangan Anwar, sebaliknya berkata RCI itu hanya bertujuan “mencari kesalahan saya”.
“RCI ke atas urusniaga matawang Bank Negara lebih 30 tahun dahulu bukan untuk mencari keadilan tetapi jelas satu usaha terdesak Najib untuk menutup mulut pengkritiknya. Ia tidak akan berjaya.” #sumber


Thus Article Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !

Itulah artikel Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tun-mahathir-kerjasama-dengan-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Mahathir: Kerjasama Dengan Anwar, Tidak Perlu Untuk ‘U-Turn’ Lagi !"

Catat Ulasan

Loading...