Loading...

Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq

Loading...
Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq
link : Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq

Baca juga


Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman akan menulis surat rasmi kepada lembaga disiplin parti untuk menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ekoran membuat beberapa “tuduhan tanpa asas” ke atasnya.
 
Memetik portal Free Malaysia Today, Hamidah berkata, Syed Saddiq tidak wajar membuat tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti untuk tuduhannya itu.
 
"Saya harap lembaga displin akan bertindak kerana jika diabaikan, dan ahli parti bebas menyerang satu sama lain secara terbuka, parti akan musnah. 
 
"Lebih-lebih lagi Syed Saddiq seorang Ketua Pemuda (Armada), jawatan penting parti," katanya dipetik portal itu. 
 
Syed Saddiq sebelum ini menuduh Hamidah sebagai dalang di sebalik tindakan 1,000 ahli PPBM di Perak keluar parti.
 
Beliau mendakwa tindakan itu dilakukan Hamidah ekoran kecewa dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menamakannya pengerusi negeri Perak.
 
Semalam, Syed Saddiq mengulangi tuduhannya dan berkata Hamidah seorang agen Umno. 
 
“Tetapi sudah dua kali dia menyerang saya, dan ini sudah keterlaluan. 
 
“Siapa sebenarnya agen Umno, dia atau saya?” soal Hamidah.
 
Hamidah berkata beliau mengambil pendekatan berdiam diri selama ini atas kepentingan parti. 
 
Malah bekas Ketua Wanita Umno Gopeng itu menambah, pertanyaannya menerusi sistem pesanan ringkas untuk meminta penjelasan tidak dijawab Syed Saddiq. 
 
Hamidah menjelaskan, beliau bertemu dengan 1,000 ahli PPBM di Perak yang keluar parti dan menasihati mereka supaya kekal menentang Umno dan Datuk Seri Najib Razak. 
 
“Syed Saddiq perlu berterimakasih kepada saya atas initiatif ini, jika tidak ahli akan pulang ke pangkuan Umno. Dan dia perlu berbuat perkara sama dengan ahli sayapnya yang meninggalkannya untuk ke Umno,” katanya merujuk 200 ahli PPBM yang meletak jawatan bulan lalu.
 
 


Thus Article Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq

Itulah artikel Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tuduhan-tak-berasas-hamidah-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuduhan tak berasas, Hamidah mahu lembaga disiplin ambil tindakan terhadap Syed Saddiq"

Catat Ulasan

Loading...