Loading...

Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi

Loading...
Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi
link : Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi

Baca juga


Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi


KUANTAN: Semua premis perniagaan dan pejabat yang beroperasi di Kompleks Teruntum, di sini, diarahkan menghentikan operasi mereka serta-merta atas faktor keselamatan.
Ia berikutan kejadian tangki air pecah yang menyebabkan struktur bangunan itu rosak hari ini, lapor BH ONLINE.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, berkata keputusan itu dibuat selepas meninjau kerosakan struktur yang berlaku dalam kejadian tengah hari tadi.
“Kejadian ini berpunca daripada runtuhan struktur bangunan menempatkan tangki air di bangunan ini.
“Runtuhan struktur dinding bangunan berpunca akibat tangki pecah dalam kejadian ini, terdapat empat mangsa cedera dan tiga kereta serta 10 motosikal rosak,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau lokasi kejadian, di sini.
Seramai 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi, Kuantan, terbabit dalam operasi pengosongan bangunan itu.
Mereka turut dibantu pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Abdul Wahab berkata, tempoh penutupan semua operasi di Kompleks Teruntum akan ditentukan kemudian, selepas pemeriksaan lanjut bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan pihak pengurusan bangunan berkenaan.
“Arahan ini (penutupan) membabitkan premis perniagaan dan pejabat kerana kita dimaklumkan bekalan air serta sistem penghawa dingin di Kompleks Teruntum tidak berfungsi berikutan kejadian ini.
“Kita juga bimbang jika masalah (runtuhan) struktur dinding bangunan terbabit boleh berulang, ini untuk tujuan keselamatan semua peniaga dan pekerja yang bertugas di bangunan ini,” katanya.
Kompleks Teruntum mula beroperasi pada Januari 1980 dan mempunyai 22 tingkat dengan tiga daripadanya menempatkan pelbagai premis perniagaan.
Difahamkan, kali terakhir pihak pengurusan bangunan itu menukarkan tangki air yang berada di tingkat 4 kompleks itu ialah kira-kira 15 tahun lalu. #sumber


Thus Article Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi

Itulah artikel Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tragedi-tangki-air-pecah-operasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tragedi 'Tangki Air Pecah', Operasi Kompleks Teruntum Di Arah Henti Operasi"

Catat Ulasan

Loading...