Loading...

Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

Loading...
Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom
link : Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

Baca juga


Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom


KAHERAH – Tindakan berani dan pantas kru kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, berjaya menyelamatkan kira-kira 50 orang awam semalam.

Bagaimanapun, tujuh orang awam lagi termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan bunuh diri itu, namun jumlahnya pasti lebih besar jika kru kereta kebal terbabit tidak bertindak dramatik sedemikian.

Lapor portal Daily Mail, memetik jurucakap tentera Mesir yang berkata, hampir 50 orang awam dan anggota tentera berjaya diselamatkan ekoran tindakan kru kereta kebal mereka.

“Ini langkah terbaharu bagi halang serangan bom kereta pengganas. Tentera Mesir sedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan pertahankan kedaulatan,” katanya.

Berdasarkan video yang didedahkan, sebuah kereta dipandu militan Daesh pada mulanya dilihat meluru dengan laju menuju ke sebuah pusat pemeriksaan pasukan keselamatan.


Kru kereta kebal yang melihat kedatangan kereta yang mencurigakan itu kemudian memecut ke arah kereta tersebut dan mendapati empat lelaki bersenjata serta 100 kilogram bahan letupan dibawa bersama.

Kereta kebal itu terus merempuh kereta terbabit dan orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertempiaran lari menyelamatkan diri. Selepas merempuh kereta tersebut, kereta kebal itu mengundur ke belakang.

Secara tiba-tiba kereta yang membawa bahan letupan itu meletup menyebabkan hanya beberapa orang di sekitarnya terbunuh. Daesh setakat ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan Daesh di mana kumpulan pengganas itu pernah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir.

Ini termasuk serangan di sebuah pusat pemeriksaan di Sinai pada 7 Julai lalu yang menyebabkan 21 anggota tenteranya terbunuh. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom

Itulah artikel Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tindakan-berani-tentera-mesir-rempuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tindakan ‘Berani’ Tentera Mesir Rempuh Pengebom"

Catat Ulasan

Loading...