Loading...

Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR

Loading...
Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR
link : Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR

Baca juga


Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras dengan peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
 
Ahli SPR, Md Yusop Mansor, dalam kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob pada Khamis lalu berhubung kekosongan kerusi tersebut tetapi tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.
 
Pada 11 Julai lalu, Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya dari BN, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, 55, diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor, sekali gus telah hilang kelayakan sebagai ADUN berkuat kuasa pada tarikh tersebut.
 
Md Yusof berkata, peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan di bawah Perkara 46(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.
 
"Berdasarkan surat pemakluman yang diterima, speaker Dewan Negeri Kelantan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu,”katanya.
 
Md Yusop berkata SPR memutuskan tiada PRK untuk DUN Nenggiri itu memandangkan tempoh mandat DUN Kelantan pada PRU Ke-13 (PRU13) iaitu pada 2013 telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitahuan oleh Speaker mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.
 
Pejabat Speaker DUN Kelantan telah menerima surat pemakluman mengenai status Mat Yusoff daripada Jabatan Insolvensi pada 28 Mei lalu.
 
Menurut Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi ADUN Kelantan.
 
 


Thus Article Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR

Itulah artikel Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tiada-prk-dun-nenggiri-spr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada PRK DUN Nenggiri - SPR"

Catat Ulasan

Loading...