Loading...

Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !

Loading...
Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !
link : Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !

Baca juga


Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !

KUALA LUMPUR: DAP perlu mencontohi UMNO, sekali gus menerima hakikat pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum ini tidak sah dan perlu melakukan pemilihan semula seperti yang diminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Mengambil contoh UMNO pernah diharamkan pada 1987 sehingga memaksa parti itu mengadakan pemilihan semula, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya DAP merasa mereka sebuah parti bersih, tidak perlu takut dan memberi alasan mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
“DAP kena terima hakikat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kata buat pemilihan semula, kamu buatlah pemilihan semula.
“Dulu Umno dibatalkan dan UMNO ditubuhkan semula, DAP kena buat pemilihan semula buat apa nak takut, kita (UMNO) disuruh buat pemilihan semula, kita buat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras 2017 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang menyifatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat baharu sebagai “mengarut”.
Semalam, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang, bersabit dengan aduan yang dibuat oleh ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses pemilihan CEC yang dijalankan ketika itu.
Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar tindakan pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang menyerang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan serta menyalahkan kerajaan susulan arahan pemilihan baru perlu dilakukan semula.
Katanya, tindakan pemimpin DAP termasuk Kit Siang mempersolkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bukti parti itu takut kehilangan pengaruh diktator dalam DAP.
“Kit Siang ini saya nak kata dia ini pandai bercakap sahaja, bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam. Bila kena batang hidung, mereka kata ini kerja Umno kerajaan tak betul apa semua.
“Kenapa Umno nak mempengarugi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, memang dia (Kit Siang) takut, mungkin ada perubahan bila ada pemilihan semula sebab ahli DAP sekarang ada yang dah menyampah dengan kepimpinan yang ada sekarang,” katanya. #sumber


Thus Article Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !

Itulah artikel Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/syed-ali-pemilihan-baharu-dap-di-cabar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syed Ali: Pemilihan Baharu, DAP Di Cabar Supaya Contohi UMNO !"

Catat Ulasan

Loading...