Loading...

Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim

Loading...
Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim
link : Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim

Baca juga


Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan kekecewaan dengan tindakan mendakwa peguam dan aktivis Siti Kasim baru-baru ini atas tuduhan menghalang seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika mereka menyerbu sebuah program melibatkan transgender tahun lalu. 

Sehubungan itu, Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, suruhanjaya itu mahu dakwaan terhadap Siti Kasim digugurkan. 

Kata beliau, Suhakam berpendirian berdasarkan pada perlindungan di bawah Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai peranan peguam, profesional perundangan memainkan peranan penting dalam menegakkan hak asasi manusia, memastikan proses yang wajar dan hak untuk perbicaraan yang adil, dan juga untuk memastikan penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang. 

Oleh itu katanya, kerajaan perlu memastikan peguam dapat melaksanakan tugas dan fungsi profesional mereka tanpa sebarang bentuk gangguan, intimidasi, halangan atau gangguan yang tidak wajar. 

“Suhakam mengingatkan yang para peguam tidak dapat mempertahankan anak guam mereka kerana takut akan ditagkap, dituduh atau intimidasi, mereka tidak boleh membela orang yang menghadapi pelanggaran hak asasi mereka.” Siti Kasim yang didakwa pada 23 Jun lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang seorang pegawai Jawi  ketika mereka menyerbu sebuah program melibatkan transgender tahun lalu.

Siti Kasim dituduh menghalang pegawai Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali daripada menjalankan tugasnya pada 3 April 2016 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Peguam itu berkata akan meneruskan perjuangan membela golongan transgender. Siti Kasim dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000. 

Hakim Ahmad Solihin Abd Wahab menetapkan ikat jamin RM3,000 dan 22 Ogos untuk sebutan kes. Tahun lalu, klip video Siti Kasim memarahi beberapa pegawai Jawi menjadi tular, disusuli dengan siasatan terhadapnya atas tuduhan menghalang pegawai awam. Susulan itu, Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan atas penangkapannya. #sumber


Thus Article Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim

Itulah artikel Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/suhakam-gesa-gugur-tuduhan-ke-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suhakam Gesa Gugur Tuduhan Ke Atas "Aktivis & Peguam" Siti Kasim"

Catat Ulasan

Loading...