Loading...
Tajuk : Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh
link : Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh
Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh
Pakatan Harapan seharusnya tidak lagi memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, kata penganalisis Politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
Menurutnya, Pakatan Harapan seharusnya sedar, keadaan semasa Anwar dan harus mengangkat calon lain untuk menyandang jawatan tersebut.
"Sudah-sudahlah tu... Teruskan dengan calon lain.
"Untuk jawatan perdana menteri, fikirlah orang muda," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-48 bertajuk Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai.
Katanya, hari ini Pakatan Harapan dilihat lebih banyak tersangkut dengan kepimpinan orang lama.
"Daripada 1998 berlaku zaman reformasi hingga sekarang masih ada kumpulan-kumpulan yang berdebat apa nak jadi pada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Beliau dalam penjara. Beliau tidak akan jadi perdana menteri ketujuh," katanya.
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PKR berubah.
"Sedangkan, kalau dilihat di kalangan orang muda ramai yang boleh memimpin.
"Dalam Pakatan Harapan sendiri, ramai orang muda," ujarnya. - SH
Thus Article Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh
Itulah artikel Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/sudah-sudahlah-perjuangkan-anwar-jadi.html
0 Response to "Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh"
Catat Ulasan