Loading...

‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar

Loading...
‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar
link : ‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar

Baca juga


‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar


SUSULAN kontroversi serbuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap sebuah gudang simpanan kereta di Kajang, Selangor baru-baru ini sekali lagi membongkar ‘status’ gudang itu.

Seorang individu telah menghantar ‘direct message’ kepada Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi setelah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Kajang berikutan isu pencerobohan gudang tersebut.

Berdasarkan screenshot tersebut, individu itu menyatakan bahawa tanah gudang penyimpanan kereta milik syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd. itu sebenarnya adalah hak milik persendirian.

Individu berkenaan mengaku bahawa tanah tersebut selama ini adalah hak miliknya malah mendakwa syarikat AGR Auto yang telah menceroboh tanah terbabit.

“Sebenarnya AGR company yang telah ceroboh di tanah saya & saya telah lantiklawyer & sekarang dalam proses menunggu tarikh untuk dibicara ke mahkamah,” kenyataannya dalam message tersebut.

Berikut adalah screenshot individu tersebut:


Selain daripada membela haknya sendiri, individu tersebut turut menyatakan bahawa dia telah melantik peguam berikutan kes pencerobohan haram berkenaan.

Kini, dia mendakwa sedang menunggu tarikh perbicaraan mahkamah. Individu itu turut menyatakan bahawa dia sendiri akan ‘turun padang’ ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan terhadap syarikat terbabit.

AGR Auto Trading Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar ‘Raja’ dan seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Datuk Seri Kabi’.

Syarikat tersebut dipercayai telah menipu lebih daripada 500 mangsa berhubung isu penarikan kereta yang diletakkan dalam gudang tersebut.

Menurut sumber Youtube milik Wadi Anjat menyatakan susulan kes tersebut, pihak AGR Auto tidak memberi sebarang kerjasama yang baik sehingga menyebabkan berlakunya perbalahan.

Pihak PPIM pula ketika ini masih giat berusaha untuk membela nasib ramai lagi pengguna yang dianiaya syarikat tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura


Thus Article ‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar

Itulah artikel ‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/status-gudang-kereta-diserbu-ppim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Status’ Gudang Kereta Diserbu PPIM Terbongkar"

Catat Ulasan

Loading...