Loading...

Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah

Loading...
Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah
link : Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah

Baca juga


Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah


SHANGHAI – Aktiviti beli-belah bersama-sama dengan isteri, tunang atau teman wanita selama berjam-jam mungkin salah satu kerja yang paling membosankan bagi golongan lelaki.

Justeru sebuah gedung perniagaan terkemuka di sini, Global Harbor telah menyelesaikan masalah ini dengan melancarkan kemudahan bilik ‘penyimpanan suami’ ketika pasangan mereka pula leka membeli-belah.

Kontena layan sendiri yang berkaca ala akuarium di pusat beli-belah tersebut malahan dilengkapi dengan skrin televisyen, kerusi kulit urut dan konsol permainan komputer serta dikenakan bayaran untuk tempoh tertentu.

“Lelaki lazimnya bosan apabila beli-belah dengan pasangan mereka, justeru kami menyediakan satu tempat untuk berehat sambil mereka boleh bermain permainan dan caj telefon bimbit mereka di sini,” kata Zhou Jun.

Beliau yang mengendali dan menyelenggara kontena tersebut berkata, pengguna cuma perlu imbas kod QR untuk menempah kontena, dengan kos 20 yuan (RM13) bagi tempoh setengah jam atau 30 yuan (RM19) jika sejam.

Sejak dilancarkan sebulan lalu, kemudahan ‘penyimpanan suami’ itu telah menarik minat berbelas-belas orang lelaki setiap hari sekali gus menyaksikan senario wanita berkahwin keseorangan ketika sibuk membeli-belah.


“Ini adalah idea yang baik. Suami saya memang selalu tidak gembira apabila terpaksa membeli-belah bersama dengan saya,” kata seorang pengunjung wanita yang hanya mendedahkan nama keluarganya sebagai Wang.

Seorang pengguna lelaki yang nama keluarganya pula Yang memberitahu agensi berita Xinhua bahawa kemudahan itu mempunyai beratus-ratus permainan video klasik, sekali gus turut mengingatkan kembali zaman kecilnya.

Bagaimanapun tidak semua orang meluahkan perasaan gembira dengan kontena unik ini. Sebilangan isteri pula merungut bahawa kini tidak ada keseronokan apabila terpaksa membeli-belah secara bersendirian.

“Siapa yang akan mahu membawa beg saya, berbual dengan saya dan memberi nasihat jika suami saya duduk dalam kontena sendiri berseronok,” kata seorang pembeli-belah wanita, dengan nama keluarganya iaitu He.

Zhou dalam pada itu berkata, menjelang masa akan depan kontena tersebut akan dilengkapi dengan tabir, alat penyaman udara dan fon kepala untuk memastikan pengalaman yang lebih baik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Thus Article Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah

Itulah artikel Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/shanghai-lancar-bilik-simpan-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shanghai Lancar Bilik Simpan Suami Ketika Bini Beli-Belah"

Catat Ulasan

Loading...