Loading...

‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’

Loading...
‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’
link : ‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’

Baca juga


‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’


ORANG kata malang tidak berbau dan kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika pengguna jalan raya lebih berhemah dan berhati-hati.

Namun biarpun sudah mengambil langkah berjaga-jaga, namun atas kecuaian orang lain pun boleh menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan.

Maka tidak hairanlah kes-kes kemalangan melibatkan kenderaan seperti lori ataupun bas sering sahaja dilaporkan berlaku.

Menerusi perkongsian video dimuat naik pengguna Facebook Nazrin Haikal Ruslan, dia mendakwa nyaris ‘disapu’ sebuah bas ekspress yang dipandu secara berbahaya di jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran kampung Guntong Luar, kelmarin.


“Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalan raya tanpa mengira keselamatan orang lain.

“Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu.

“Memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing,” katanya.

Melalui rakaman, bas tersebut dilihat menghimpit kereta yang dipandu Nazrin sebelum memotong secara bahaya Perodua Alza yang berada di hadapannya.

Manakala kenderaan yang bertentangan pula terpaksa mengelak daripada bertembung dengan bas ‘samseng’ berkenaan.

Dalam pada itu, netizen menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada pemandu terbabit seperti mana yang diperkatakan oleh Nazrin pada pautan video.

“Kadang-kadang nak support Melayu… tapi kalau macam ni macam mana naksupport, semua kecut perut naik bas pakai tangga turun bas ikut tingkap, pergi ada nyawa balik tinggal jenazah,” tulis Rayyan Ikhwan.

“Syabas Sani Ekpress memiliki pemandu yang sebegini sebab Sani banyak duit nak bayar nyawa penumpang,” kata Rabuddin Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article ‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’

Itulah artikel ‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/saya-nak-pulang-ke-rumah-bukan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah’"

Catat Ulasan

Loading...