Loading...

Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR

Loading...
Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR
link : Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR

Baca juga


Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR

MALAYSIAKINI

Selepas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengatakan DAP boleh diharamkan, Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor pula mencadangkan PKR dibubarkan.

Cadangan tersebut sebagai susulan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berpakat dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam agenda menumbangkan Datuk Seri Najib Razak menerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

"PKR wujud kerana menentang kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

"Sewajarnya, hari ni PKR dibubarkan kerana mereka telah pun 'mengampunkan' dosa-dosa Mahathir terhadap bapa Nurul Izzah (Anwar)," cadang Rizal dalam catatan di Facebooknya.

Sebelum ini, Tengku Sariffuddin meminta DAP memberi tumpuan kepada 'masalah serius' berhubung penggunaan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menyedari kesalahan jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan mendakwanya tidak demokratik apabila memanipulasi pemilihan parti, manakala 'Penang Official 1' dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator.

"Ini bermakna bahawa setiausaha agung DAP, Penang Official 1, tidak mempunyai kedudukan untuk sebarang kuasa dalam parti itu kerana dia tidak diiktiraf secara sah.

"Malah, kepimpinan DAP seluruhnya berada dalam ancaman dan boleh diisytiharkan sebagai haram kerana dakwaan manipulasi pemilihan mereka," tambah Tengku Sariffuddin.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, Mahathir perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Anwar telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

"Seperti yang pernah diminta oleh perdana menteri, selagi semua tuduhan sebelum ini tidak dijawab oleh Mahathir, rakyat jelata akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan," katanya lagi.

Dalam sidang media pada 22 September 1998 yang dibuat Dr Mahathir, perdana menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.

LIHAT VIDEO DI SINI




Thus Article Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR

Itulah artikel Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/rizal-lepas-ampunkan-mahathir-bubarlah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rizal: Lepas ampunkan Mahathir, bubarlah PKR"

Catat Ulasan

Loading...