Loading...

PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL

Loading...
PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL
link : PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL

Baca juga


PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL


Takda istilah perlawanan persahabatan dalam perlawanan Piala Liga Perdana Asia. Leicester atau Liverpool main macam perlawanan akhir Piala FA betul. Kesungguhan pemain kedua-dua puak mengkagumkan. Liverpool kuasai permainan namun Leicester tabah bertahan. Perbezaan antara Leicester ketika bergelar juara dan malam tadi sangat ketara. Mereka hilang sengat kerana masih tiada pengganti Kante. Manakala Liverpool masih perlukan Van Dijk kerana masih bolos.

Malam tadi Coutinho punya. Makin setim Barcelona nak kejar pemain kita itu walaupun pinangan ditolak dengan mahar £72 Juta Pound. Kita kagum dengan Klopp yang dah tahu nak letak Coutinho ditempat untuk beliau mengekspressi kan bakat kreativiti. Kalau kat Sayap kiri musim lepas Coutinho bermasalah bila nak bertahan sebab formasi 433 pemain sayap kena tolong bek tepi selalu. Sekarang bila masuk Salah pemain Mesir itu main kanan dan Mane mungkin tukar kiri.

Liverpool perolehi peluang nak boh gol awal namun tetiba Sang Musang plak yang beri kejutan. Trent buat silap diperdaya sayap Leicester dan satu hantaran tinggi melepasi lonjakan Milner yang disambar Slimani untuk menanduk padu gol pembukaan Lecister. Itu bukan satu kejutan sangat kerana penyakit lama susah nak ubat. Rasanya Milner bukan sengaja tetapi dia cedera dan tak mampu main baik dan diganti Moreno selepas beberapa lama. Gandingan Matip dan Lovren memang nampak cemerlang selepas gol itu sebab berjaya kekang Vardy.

Bila Coutinho main tengah dia banyak main hantaran jauh yang mencari pemain sayap. Salah pandai buka ruang salah satu pasal dia laju dan pandai guna ruang bila bek lawan lalai. Gol penyamaan hadir setelah Coutinho meleoaskan hantaran kepada Salah dan mengembalikan kepada Coutinho kat tengah. Dengan kepala otak geliga setelah lihat Salah mencilok masuk dari tepi kedalam, apa lagi Coutinho mencedok bola mencari Salah yang cuma perlu hulur kepala untuk tewaskan Goli Lecister untuk penyamaan 1-1.

Tora datang lagi. Kali ni Coutinho sendiri yang jadi hero. Hasil gerakan dari bawah Coutinho mengacah acah macam nak hantar bola kepada Moreno tetapi gerak badan beliau kelirukan bek Leicester. Bila didepan ruang cantik sekali hayun, sepakan lencong padu sekali lagi membenam pintu gol Leicester untuk Liverpool bangkit dari kena awal dan mendahului 2-1. Perlawanan separuh kedua masih rancak pertukaran ramai pemain, namun keputusan 2-1 kekal sampai wisel penamat 90 minit ditiup.


Thus Article PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL

Itulah artikel PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pra-musim-leicester-1-2-liverpool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRA-MUSIM : LEICESTER 1-2 LIVERPOOL"

Catat Ulasan

Loading...