Loading...
Tajuk : Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam
link : Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam
Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam
Setuju tak kalau Fiza kata setiap orang perempuan mesti ada tudung berwarna hitam. Tak kisahlah apa jenis tudung kesukaan kau orang sekalipun. Mesti ada tudung warna hitam. Betul tak? Tudung hitam yang sangat berguna pada bila-bila masa sekalipun. Kenapa mesti ada tudung hitam? Masing-masing ada sebab kenapa perlu ada tudung warna hitam ni bergantung kepada keperluan masing-masing.
Tak Nampak Kotor
Ye, tak nampak kotor tu penting sangat sebab biasanya kalau zaman sekolah, aktiviti luar atau lakukan aktiviti lasak mesti pakai tudung hitam sebab tak nak nampak kotor. Memang tudung akan kotor tapi selepas di basuh pun, kesan kotoran tu tak nampak. Takde lah rasa segan nak pakai semula tudung hitam tu nanti kan. Kalau kau malas basuh sekali pun orang tak kan tahu tudung tu dah kotor dan di pakai. Eh, janganlah sampai tak basuh pula. Malas sangat tu. Tapi kalau kecemasan, terpaksa pakai juga.
Sesuai dengan Semua Baju
Tudung hitam boleh disesuaikan dengan apa-apa warna baju sekalipun. Agak-agak pening nak fikir nak sesuaikan baju dengan tudung warna apa. Pakai je warna hitam, sesuai je. Bak kata warna yang selamat untuk di sesuaikan dengan apa-apa jenis warna baju sekalipun.
Tudung Kecemasan
Kecemasan yang di maksudkan adalah di saat kalau nak cepat siap. Terus capai tudung warna hitam yang boleh disesuaikan dengan baju apa sekali pun. Warna selamat lah katakan.Tak perlu Gosok
Warna Yang Elegan/Professional
Perlu ada tudung hitam ni untuk tujuan nampak professional ataupun korporat. Biasanya sektor professional mengenakan warna hitam untuk nampak lebih elegan dan professional. Nak di katakan warna rasmi pun ada. Kalau dulu ambil gambar kad pengenalan pun kena pakai tudung warna hitam. Warna lain memang tak dibenarkan.
Banyak sebab lagi kenapa perlu ada tudung warna hitam ni. Pendek kata, tudung hitam adalah tudung serbaguna. Boleh di pakai pada bila-bila masa yang diperlukan. Tapi ada juga tak suka pakai warna hitam. Pun ada. Setiap orang berbeza citarasa dan pendapat.
Thus Article Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam
Itulah artikel Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/perempuan-mesti-ada-tudung-warna-hitam.html
0 Response to "Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam"
Catat Ulasan