Loading...

Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

Loading...
Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang
link : Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

Baca juga


Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin hari ini mencabar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menamakan calon bagi ketua menteri Pulau Pinang yang didakwanya masih samar.
 
"Jika Husam dan Kit Siang bermaruah, sepatutnya mereka terlebih dahulu menamakan calon ketua menteri Pulau Pinang yang kini kabur setelah Lim Guan Eng berhadapan skandal rasuah," kata Mohd Akmal dalam satu kenyataan hari ini.
 
Guan Eng berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pengezonan semula sebidang tanah.
 
Beliau juga menghadapi pertuduhan lain di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
 
Menurut Mohd Akmal, kenyataan Husam bahawa PAS tidak pernah mengemukakan nama calon menteri besar Kelantan jelas memperlekeh dan menghina allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Mereka berdua nampaknya punya banyak persamaan dalam ‘keterujaan dan keghairahan’," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Nasaruddin Daud berkata pengumuman Kit Siang sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin PAS itu.
 
Katanya, berdasarkan sejarah dahulu, Umno pernah melakukan perkara sama kepada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin berkenaan.
 
"PAS tidak terancam, bagi saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DAP atas pengumuman itu. Dalam kes Umno, mereka menyebut pemimpin mereka sendiri, tetapi sokongan DAP terhadap Amanah membawa impak negatif yang lebih besar," katanya dipetik Sinar Harian.
 
 


Thus Article Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang

Itulah artikel Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pemuda-pas-perak-cabar-husam-kit-siang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemuda PAS Perak cabar Husam, Kit Siang namakan calon KM P.Pinang"

Catat Ulasan

Loading...