Loading...
Tajuk : Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk
link : Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk
Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk
MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka Ramlan Meon mendakwa dirinya dipukul dan dipaksa memakan cili padi serta diugut oleh sekumpulan lelaki dan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Pada sidang media hari ini, BERSATU Melaka menuduh penyokong Umno dan anggota MBMB sebagai bertanggungjawab dan menuntut permohonan maaf berhubung apa yang berlaku.
Dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian itu, Ramlan mendakwa seorang kenalannya, yang adalah anggota Umno, memberitahunya untuk berjumpa pada 10 Julai lalu berhubung pertikaian mereka mengenai penggantungan bendera parti sebelum ini.
"Setibanya saya di restoran tersebut sekitar jam 8.40 malam, tiba-tiba saya melihat belasan sekumpulan lelaki... sudah bersiap sedia menunggu saya.
"Saya dipaksa memakan segengam cili padi oleh (nama seorang lelaki) dan beberapa orang di kalangan mereka.
Saya juga telah diugut untuk ditikam menggunakan pisau...," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 11 Julai, yang dilihat oleh Malaysiakini.
Sementara itu, sebuah video yang dimuat naik di You Tube menunjukkan sekumpulan lelaki yang memakai t-shirt yang tertera logo BERSATU sedang bertikam lidah dengan pegawai penguatkuasa.
Menurut tajuk video itu, pertikaian mereka berkisar kepada arahan menurunkan bendera BERSATU di Klebang, Melaka.
Malaysiakini sudah menghubungi Umno Melaka dan MBSB untuk mendapatkan ulasan mereka.
LIHAT VIDEO DI SINI
Thus Article Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk
Itulah artikel Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pemimpin-pemuda-bersatu-dakwa-ditumbuk.html
0 Response to "Pemimpin Pemuda BERSATU dakwa ditumbuk"
Catat Ulasan