Loading...
Tajuk : Pemandu rentung lori tangki meletup
link : Pemandu rentung lori tangki meletup
Pemandu rentung lori tangki meletup
ANTARAPOS.COMBINTULU: Seorang pemandu rentung apabila lori tangki minyak yang dipandunya meletup serta terbakar dalam kemalangan yang berlaku pada 12.10 tengah hari di lampu isyarat Medan Central, Bintulu.
Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata mangsa dikenali sebagai Martin Joshua, 31, ditemukan di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Fortuner yang turut musnah dalam nahas itu.
“Semasa kejadian lori tangki minyak itu datang dari arah Kidurong menuju ke Tanjung Batu dalam keadaan agak laju, “ katanya dalam kenyataan hari ini.
Zailanni berkata semasa hendak membelok, lori tersebut terlanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan lori tidak stabil dan tumbang lalu menyebabkan muatan lori tersebut meletup.
Menurutnya, akibat kebakaran lori tangki minyak tersebut menyebabkan lima kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan, turut terbakar.
Thus Article Pemandu rentung lori tangki meletup
Itulah artikel Pemandu rentung lori tangki meletup Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemandu rentung lori tangki meletup dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pemandu-rentung-lori-tangki-meletup.html
0 Response to "Pemandu rentung lori tangki meletup"
Catat Ulasan