Loading...

Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy

Loading...
Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy
link : Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy

Baca juga


Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy


SINAR ONLINE

Nancy Shukri
Nancy Shukri

KUCHING - Keputusan Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) tidak akan menjejaskan perbincangan mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebaliknya jika pasukan tersebut memperoleh sebarang penemuan baharu mereka boleh membawa kepada Jawatankuasa Teknikal Peringkat  Negeri (JTPN).

Katanya, JTPN pula akan membawa penemuan itu ke peringkat Jawatankuasa Pemandu bagi Penurunan Kuasa yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Pertama sekali saya ingin maklumkan rundingan dengan Putrajaya (kerajaan persekutuan) tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di Sarawak (menghantar pasukan peguam ke London). Apa yang saya maksudkan tidak ada kena mengena itu ialah kerajaan negeri ada hak untuk ‘menggali’ sejarah Sarawak.

“Ini bukan sebagai mencampuri apa yang kami lakukan di sana. Kita perlu lihat dua perspektif berbeza  yang berlaku di peringkat di Putrajaya dan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini hari ini.

Hampir 10,000 orang masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata perbincangan mengenai penurunan kuasa itu juga adalah proses berterusan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

"Kalau ada pertambahan, biar kita bincang, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga seorang yang bersifat munasabah, beliau juga telah beberapa kali duduk bersama-sama untuk memahami keperluan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan, dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang akan mengetuai pasukan peguam ke London berkata  mereka ke sana dalam misi mencari fakta.

“Kami ingin mendapatkan beberapa fakta. Buat penyelidikan, kami mahukan ‘faktual’ tentang ini dan mahu melakukannya dengan sempurna,” katanya kepada pemberita  pada majlis rumah terbuka Hari Raya Nancy di sini. - Bernama



Thus Article Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy

Itulah artikel Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/peguam-ke-london-tidak-jejas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peguam ke London tidak jejas perbincangan: Nancy"

Catat Ulasan

Loading...