Loading...

PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan

Loading...
PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan
link : PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan

Baca juga


PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS bertegas peranannya tetap sama seperti parti-parti pembangkang yang lain yang menjadikan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai musuh di gelanggang politik.
 
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sikap parti-parti pembangkang lain yang sering menyerang PAS hanya membuka ruang kepada Umno-BN, sekaligus menjadikan matlamat pembangkang tidak akan ke mana.
 
"Muafakat tak semestinya duduk bersama. Kadangkala yang penting adalah objektif. Jika kita boleh kurangkan serangan sesama sendiri maka ia lebih baik berbanding kita saling hala senjata sesama sendiri," katanya kepada Antarapos.
 
Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menjadi sasaran parti-parti pembangkang, terutama DAP dan Amanah selepas ia tidak lagi bersama dalam gabungan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PH).
 
PAS memutuskan kerjasamanya di dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas sering bertelagah dengan DAP berkaitan agenda Islamnya.
 
Amanah pula mengambil pendekatan menyerang PAS kerana mendakwa ia mengamalkan politik sempit. 
 
Tuan Ibrahim dalam pada itu membidas usaha Amanah yang cuba merampas Kelantan, sedangkan ia merupakan bukti 'kejayaan' pembangkang.
 
"Apa perlu Kelantan diganggu? Jika di Kelantan kita berjaya tumbangkan Umno-BN, maka mana-mana (usaha) parti pembangkang pergi ke Kelantan dengan kekuatan PAS di Kelantan, bererti mereka beri tongkat kepada Umno. Tak mungkin parti baru boleh dapat sokongan sebagaimana PAS dapat. 
 
"Sebarang usaha pembangkang lain, termasuk Amanah di Kelantan, bererti mereka beri tongkat kepada Umno. Kita hendak tumbang siapa sebenarnya? Umno atau sesama ," tegasnya.
 
Tuan Ibrahim juga hairan bagaimana Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempunyai peranan yang besar menamakan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya akan datang.
 
"Dengan pengisytiharan itu rakyat boleh tahu siapa yang kawal Amanah. Jika Kit Siang tanpa berbincang dengan mana-mana pihak di dalam PH boleh mengisytihar, dan kita juga boleh lihat ia dibuat di Kelantan. Bermakna DAP boleh buat keputusan tanpa berunding dengan sesiapa," ujarnya lagi



Thus Article PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan

Itulah artikel PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pas-gesa-parti-pembangkang-kurangkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS gesa parti pembangkang kurangkan serangan"

Catat Ulasan

Loading...