Loading...

Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ...

Loading...
Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ... - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ...
link : Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ...

Baca juga


Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ...




Tiga hari selepas Dewan Rakyat dituduh bersekongkol dengan kerajaan dalam usaha menutup skandal1MDB, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini bersetuju dengan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo bahawa ia tempat terbaik untuk membincangkan kemelut firma pelaburan negara itu.

Pada sidang akhbar di bilik media Parlimen, Pandikar bagaimanapun berkata ada peraturan tertentu yang mesti diikuti.

“Puchong (Gobind) bilang tempat terbaik membahaskan 1MDB adalah di Parlimen.

“Ya, saya bersetuju dengannya, tetapi ini tertakluk kepada peraturan dan prosedur!

“Kalau soalan bangkitkan tohmahan, sangkaan, sakitkan hati, reka-reka, sudah tentu saya akan menolaknya,” kata speaker itu.

Pembangkang pada hari Isnin meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Dewan Rakyat setelah lebih daripada 30 soalan berkaitan dengan 1MDB ditolak.

Walau bagaimanapun, Pandikar menegaskan bahawa 19 soalan mengenai 1MDB telah diluluskan dan dimasukkan dalam prosiding Dewan.

Katanya, sebarang keputusan memberi kebenaran atau menolak soalan, adalah bersandarkan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dibuat Dewan Rakyat mengikut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Lebih 1,000 soalan diterima pada sidang kali ini. Daripada jumlah itu, ada soalan yang ditolak tetapi penolakan itu masing-masing ada justifikasinya.

"Bukan semua soalan berkaitan 1MDB kita tolak. Ada yang dibenarkan untuk dijawab iaitu kira-kira 19 soalan dan empat daripada tersenarai dalam aturan mesyuarat pada hari pertama (Isnin lalu) sidang Dewan Rakyat. Bagaimanapun, kenapa tidak bangkitkan perkara ini.

"Alasan mereka (ahli parlimen pembangkang) cuma mahu mempolitikkan isu ini. Jangan tuduh saya dan Parlimen tidak jalankan kerja dengan profesional, " katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Thus Article Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ...

Itulah artikel Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ... dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pandikar-parlimen-tempat-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ..."

Catat Ulasan

Loading...