Loading...

Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team

Loading...
Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team
link : Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team

Baca juga


Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team


Tanpa kelibat jurulatih Dollah Salleh di sisi padang seperti kebiasaannya, pasukan Pahang tetap meraih kemenangan 2-0 berdepan Melaka United, sebentar tadi.

Berdasarkan persembahan mereka di Stadium Darul Makmur itu, prestasi skuad Tok Gajah nampaknya tidak terganggu dengan nasib kurang baik menimpa pembimbing mereka yang digantung selama 18 bulan.

Matthew Davies dan rakan-rakan timpil menggembirakan penyokong setia Pahang seawal minit kelima perlawanan melalui sentuhan penyerang mereka, Yamin Romero.

Ketangkasan, kelincahan dan penguasaan permainan ternyata memihak kepada pasukan tuan, walaupun mempamerkan tempo permainan agak perlahan khususnya pada 45 minit pertama.

Bagaimanapun, skuad Hang Tuah tetap memberi saingan sengit walaupun kebuntuan untuk mencari penyudah sempurna.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan pengadil.

Terdahulu, Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan dihukum FAM dengan penggantungan selama 18 bulan dan dena RM30,000 susulan tindakannya mengkritik mutu pengadilan perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, kembali dari bilik persalinan, Pahang berjaya menggandakan kedudukan dengan gol kedua melalui jaringan Mohamadou Sumareh.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga masa permainan tamat sekali gus memberi tiga mata penuh buat pasukan Pahang yang kini berada pada kedudukan ketiga liga.

Di Kuala Terengganu, JDT nampaknya begitu garang selepas membelasah T-Team dengan keputusan 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Gol-g skuad Harimau Selatan disumbangkan Gabriel Guerra pada minit ke-23 dan 49', Mohammed Ghaddar (41'), S Kunalan (44'), Fadhli Shas (77') dan Gonzalo Cabrera (81').

Pasuakn tuan rumah pula meraih gol saguhati pada penghujung masa perlawanan melalui sentuhan Joseph Yannick.

Keputusan 6-1 itu sekali gus mengukuhkan penguasaan JDT di tangga teratas liga dengan mengumpul 42 mata selepas 17 perlawanan.

Ia diikuti pasukan Kedah di posisi kedua yang berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan mengumpul 31 mata dan dicabar rapat pasukan Pahang dengan pungutan 30 mata.








Thus Article Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team

Itulah artikel Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pahang-menang-tanpa-dollah-jdt-amuk-t.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang menang 'tanpa Dollah', JDT amuk T-Team"

Catat Ulasan

Loading...