Loading...

Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !

Loading...
Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !
link : Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !

Baca juga


Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !

PUTRAJAYA: Keuntungan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan ke tanah suci, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif lain membabitkan bantuan perumahan dan pendidikan dengan nilai ratusan juta ringgit, kata Datuk Seri Najib Razak

Perdana menteri berkata, usaha 1MDB dengan sebahagian daripada keuntungannya digunakan untuk membangunkan masyarakat itu tidak boleh dibiarkan musnah disebabkan andaian individu yang disifatkannya sebagai “tidak boleh pakai sama sekali”.
Sehubungan itu, golongan imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai pemimpin yang dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi, perlu memperbetulkan dan memperjelaskan dakwaan tidak benar mengenai 1MDB yang dibuat pihak berkepentingan berkenaan.
“Sebab itu, apabila orang kritik 1MDB, kita sebagai pemimpin masyarakat mesti faham. Ini kerana sebahagian keuntungan 1MDB kita (kerajaan) gunakan untuk program kebajikan, tetapi ia tidak disebut,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1,100 penerima hari ini.
Majlis penyerahan surat tawaran kepada 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Najib berkata program khas haji tajaan yayasan 1MDB boleh diteruskan jika kerajaan sedia ada dipertahankan serta dikekalkan pada masa datang.
“Saya harap anda yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat dikekalkan untuk kesinambungan program kebajikan yang dilaksanakan.” katanya.
Najib berkata di sebalik pelbagai tohmahan negatif segelintir pihak termasuk seorang bekas perdana menteri, 1MDB menghantar 5,711 jemaah dengan tajaan RM57 juta sejak inisiatif itu dilaksanakan 5 tahun lepas. #sumber


Thus Article Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !

Itulah artikel Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/najib-keuntungan-1mdb-juga-di-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib: Keuntungan 1MDB Juga Di Guna Untuk Program Kebajikan !"

Catat Ulasan

Loading...