Loading...

MyKid siap 24 jam mulai Ogos

Loading...
MyKid siap 24 jam mulai Ogos - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MyKid siap 24 jam mulai Ogos, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MyKid siap 24 jam mulai Ogos
link : MyKid siap 24 jam mulai Ogos

Baca juga


MyKid siap 24 jam mulai Ogos

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Urusan pengeluaran MyKid akan disiapkan dalam tempoh sehari di 17 Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara mulai Ogos ini. 
 
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Zahari Hassan, berkata ketika ini pihaknya sedang melengkapkan 17 UTC di seluruh negara dengan mesin percetakan MyKid. 
 
Beliau berkata, ia sekali gus akan memendekkan masa pengeluaran dokumen pengenalan diri kanak-kanak itu yang sebelum ini mengambil masa 30 hari. 
 
"Bagaimanapun, di UTC Terengganu proses pengeluaran MyKid yang siap dalam tempoh 24 jam ini akan bermula pada 19 Julai ini. 
 
"Kita menjangka semua 16 UTC lagi di seluruh negara akan dilengkapkan dengan mesin percetakan MyKid ini selewat-lewatnya akhir bulan ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hab Percetakan Teragih Hab DPP di sini. 
 
Selain MyKid, Mohd Zahari berkata, sistem pengeluaran MyKad turut ditambah baik menerusi penyediaan mesin pencetak MyKad yang bernilai RM300,000 setiap seunit. 
 
"Kita menyediakan dua unit mesin ini di 36 dari 55 pejabat JPN di seluruh negara yang dijadikan Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP). Dengan sistem ini, tempoh siap MyKad dapat dipendekkan kepada 24 jam sahaja berbanding antara lima hingga 30 hari bekerja sebelum ini. 
 
"Di Terengganu, hab untuk Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang adalah di UTC; Besut menjadi subhab untuk Besut dan Setiu manakala Dungun untuk kawasan Dungun, Kertih dan Kemaman," katanya. 
 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPN sedang mengkaji untuk memendekkan tempoh sah laku dokumen pengenalan diri sementara kepada sebulan berbanding tiga bulan ketika ini, bagi mengatasi masalah kelewatan tuntutan MyKad sehingga ada yang tidak dituntut selama dua tahun. 
 
Sebelum ini media melaporkan sebanyak 159,000 MyKad masih belum dituntut di pejabat JPN di seluruh negara kerana sikap pemohon yang sambil lewa serta tidak mengambil berat berkaitan dokumen pengenalan diri masing-masing.
 
 


Thus Article MyKid siap 24 jam mulai Ogos

Itulah artikel MyKid siap 24 jam mulai Ogos Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MyKid siap 24 jam mulai Ogos dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/mykid-siap-24-jam-mulai-ogos.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MyKid siap 24 jam mulai Ogos"

Catat Ulasan

Loading...