Loading...

Mahathir: Allah tahu Apandi bohong

Loading...
Mahathir: Allah tahu Apandi bohong - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahathir: Allah tahu Apandi bohong, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahathir: Allah tahu Apandi bohong
link : Mahathir: Allah tahu Apandi bohong

Baca juga


Mahathir: Allah tahu Apandi bohong

 
Ya, AG (Peguam Negara) tidak perlu takut kepada saya. Dia perlu takut kepada Allah SWT. Tetapi yang jelas dia tidak takut kepada Allah.

Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan Ketua Audit Negara disembunyi daripada orang ramai.
Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar. Ini bermakna Apandi membohong dan Allah SWT tahu Apandi bohong.
Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Peguam Negara. Perbuatan pecah amanah berdosa.

Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah SWT. Pengakuan bahawa dia hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.
Junjung al-Quran
Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.
Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, SPRM dan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik RM2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.
Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.
Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah dia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.


Thus Article Mahathir: Allah tahu Apandi bohong

Itulah artikel Mahathir: Allah tahu Apandi bohong Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahathir: Allah tahu Apandi bohong dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/mahathir-allah-tahu-apandi-bohong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir: Allah tahu Apandi bohong"

Catat Ulasan

Loading...