Loading...
Tajuk : Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya
link : Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya
Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya
NEW YORK – Madonna, 58, berjaya mendapatkan perintah hakim untuk menghentikan lelongan 22 barang peribadi miliknya, termasuk seluar dalam satin, berus rambut dan surat dari bekas teman lelakinya, mendiang penyanyi rap, Tupac Shakur.
Hakim Mahkamah Agung di Manhattan, Gerald Lebovits mengeluarkan perintah sementara bagi menghalang acara lelongan dalam talian semua barangan itu, yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Lebovits turut mengarahkan jurulelong, Gotta Have It Collectibles untuk memberi keterangan pada 6 September depan, mengapa mahkamah tidak perlu mengeluarkan perintah injuksi awal terhadap mereka.
Arahan mahkamah itu dikeluarkan kelmarin, beberapa jam selepas Madonna mengemukakan saman dan keputusan yang didedahkan kepada umum, semalam.
Dalam permohonan kepada mahkamah, Madonna berkata, 22 barangan itu adalah antara 128 barang yang diserahkan untuk lelongan, kebanyakannya oleh Darlene Lutz, yang beliau anggap sebagai kawan lama dan perunding seni.
Penyanyi itu juga berkata, beliau tidak berniat untuk menghalang usaha melelong semua 128 barang terbabit, tetapi bakal berdepan ‘kemusnahan yang tidak boleh diperbaiki’ jika barang peribadi dan sensitif miliknya berjaya dijual.
“Memang sudah jelas bahawa defendan Lutz mengkhianati kepercayaan saya dengan tindakannya yang dianggap keterlaluan untuk mendapatkan harta benda saya tanpa kebenaran atau persetujuan saya.
“Beliau cuba mengaut keuntungan dengan mengenepikan hak saya, terutama hak saya untuk privasi,” katanya. – Reuters/BH ONLINE
Thus Article Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya
Itulah artikel Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/madonna-berjaya-halang-lelong-seluar.html
0 Response to "Madonna Berjaya Halang Lelong Seluar Dalamnya"
Catat Ulasan