Loading...

Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri

Loading...
Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri
link : Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri

Baca juga


Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri


KUANTAN, PAHANG - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan teman lelakinya yang cuba menyembunyikan kelahiran bayi luar nikah mereka terbongkar selepas mereka dicekup ketika cuba memperdayakan anggota polis, semalam, lapor Kosmo. 

Dalam kejadian di Klinik Desa Bukit Sagu itu, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan pada jam 4 petang ketika datang ke Pondok Polis Bukit Goh dengan membawa mayat bayinya yang masih bertali pusat itu dibalut dengan surat khabar dan diletakkan dalam beg plastik berwarna biru.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pelajar terbabit mendakwa dia menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di dalam longkang dan membawa mayat bayi itu ke pondok polis atas nasihat orang ramai. 

"Bagaimanapun selepas diasak dengan beberapa soalan beberapa kali, wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa bayi itu adalah miliknya dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan berhampiran kawasan itu," katanya. 

Ekoran pengakuan pelajar terbabit, polis telah menyerbu kediaman lelaki berusia 27 tahun itu yang merupakan kakitangan sebuah jabatan kerajaan negeri dan ditahan untuk membantu siasatan. 

Siasatan awal polis mendapati, bayi lelaki itu meninggal dunia akibat kelahiran pramatang.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat. 

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 


Sumber : Gengviral


Thus Article Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri

Itulah artikel Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/konon-terjumpa-dalam-longkang-rupanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Konon terjumpa dalam longkang, rupanya mayat bayi sendiri"

Catat Ulasan

Loading...