Loading...

Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM

Loading...
Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM
link : Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM

Baca juga


Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mana-mana pihak untuk menghormati undang-undang Islam sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-Quran.
 
Ujarnya, adalah tidak wajar untuk merombak sesuatu undang-undang yang telah termaktub di dalam Al Quran semata-mata demi 'mementingkan' undang-undang dunia.
 
'Jangan campur hal ehwal kita, undang-undang kita hak kita, jangan campur. Walaupun yang campur tu orang Islam, memang pakar undang-undang tetapi undang-undang Islam bukan hanya apa yang termaktub di atas kertas tetapi berdasarkan hukum Quran, Sunnah, ulamak dan Qias," katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Projek Residensi RAH, di Kampung Baru pagi tadi.
 
Mahkamah Rayuan pada Khamis lalu memutuskan anak tidak sah taraf boleh dibin atau dibintikan bapanya.
 
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan perkara berkenaan ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
 
Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
 
Sehari kemudian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, pihaknya akan terus meletakkan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah sehingga kes itu dimuktamadkan Mahkamah Persekutuan.
 
Agensi itu kini dalam proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung perkara itu.
 
Isu berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai, dengan ramai yang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu sememangnya tidak selari dengan apa yang ditentukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
 
Dalam pada itu mengulas 'teguran' seorang bekas hakim, Datuk Seri Gopal Sri Ram agar ahli politik dan penjawat awam berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berhubung penghakiman mahkamah, tegas Zahid, setiap pihak perlu menghormati agama masing-masing. 
 
"Tolong hormati agama kita kalau kita dikehendaki untuk menghormati agama lain.
 
"Ini harus dihormati, jangan semborono, sesuatu yang dilakukan itu seolah-olah mahu dirombak, sesuatu yang subhah, yang qat'i harus diakui ditolak, jadi tidak boleh begitu," katanya lagi.
 
 


Thus Article Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM

Itulah artikel Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/jangan-semberono-rombak-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan semberono 'rombak' undang-undang, kata TPM"

Catat Ulasan

Loading...