Loading...
Tajuk : Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO
link : Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO
Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO
SABAK BERNAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meluahkan hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas PRU14.
Jamal berkata, jika tiada tempat di Umno Sungai Besar, beliau sendiri menawarkan diri untuk merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti akan datang.
"Kalau YB (Yang Berhormat) Budiman (Mohd Zohdi) bertanding di Parlimen Sungai Besar, Datuk Imran (Tamrin) di Dun Sungai Panjang dan cikgu Samad (Wahab) Dun Sekinchan, jadi di mana Ketua Umno Bahagian Sungai Besar nak bertanding?.
"Kalau dah tak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian nak bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar, tengah hari tadi.
Jamal kemudiannya bertanya kepada perwakilan yang hadir, adakah mereka bersedia untuk menyokongnya jika beliau menawarkan diri untuk jawatan tersebut.
"Adakah semua boleh sokong saya? Jauh lagi...kita kena tunggu lepas pilihan raya ini," katanya.
Mengulas lanjut mengenai hasratnya itu pada sidang media selepas perasmian mesyuarat pemuda bahagian itu, Jamal bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Ditanya adakah beliau cukup syarat kelayakan untuk bertanding mengetuai sayap pemuda, Jamal yakin dengan hasrat berkenaan.
"Tiada komen, lebih kurang begitulah," katanya.
Thus Article Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO
Itulah artikel Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/jamal-berhasrat-tanding-ketua-pemuda.html
0 Response to "Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO"
Catat Ulasan