Loading...

Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF

Loading...
Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF
link : Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF

Baca juga


Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF

Tareeq

Irfan


KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsudin menamatkan kemarau pingat Malaysia selama lapan tahun di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF), selepas meraih pingat perak, Khamis malam.

Beliau menduduki tempat kedua selepas melakukan lemparan sejauh 60.96 meter pada kejohanan edisi ke-22 itu di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, menurut laman web rasmi kejohanan, www.odisha2017.games.

Atlet Iran, Ehsan Haddadi meraih pingat emas selepas melakukan lemparan sejauh 64.54m, manakala gangsa menjadi milik wakil tuan rumah, Vikas Gowda dengan catatan 60.81m.

“Keputusan hari ini (Khamis) membuktikan beliau mampu bersaing dan memberi tentangan terhadap atlet terbaik di Asia. Kami sentiasa maklum Ehsan Haddadi adalah peserta pilihan. Malah, pada Februari lepas, kita berusaha agar Irfan pergi ke Iran dan berlatih bersama atlet negara berkenaan.

“Malangnya, Persatuan Olahraga Iran tidak memberi maklum balas walaupun jurulatih mereka sudah bersetuju untuk membantu Irfan. Apa pun tahniah kepada Irfan dan jurulatihnya Franc Petrovic,” kata beliau.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat pada kejohanan itu adalah pada edisi 2009 menerusi Noraseela Mohd Khalid yang meraih perak dalam acara 400m lari berhalangan.

Sementara itu, dalam acara 100m wanita, kedua-dua wakil negara menempah tiket ke separuh akhir yang akan berlangsung hari ini (Jumaat).

Pada pusingan kelayakan semalam, ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli mencatat 11.79s pada saringan kedua, manakala Siti Fatimah Mohamed layak selepas melintasi garisan penamat dengan masa 11.88s dalam saringan keempat.




Thus Article Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF

Itulah artikel Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/irfan-tamatkan-kemarau-pingat-di-atf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Irfan Tamatkan Kemarau Pingat di ATF"

Catat Ulasan

Loading...