Loading...

I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing

Loading...
I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing
link : I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing

Baca juga


I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing

 
I-Kad akan berperanan sebagai pengganti diri menggunakan pasport, kata Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali.


mustafar-ali


PUTRAJAYA: Imigresen dalam proses mewartakan I-Kad sebagai pengenalan diri pelajar asing yang sah di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dengan pewartaan ini, i-kad pelajar asing boleh digunakan sebagai pengenalan diri selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya ia bagi membolehkan i-kad berperanan sebagai pengganti kepada pengenalan diri menggunakan pasport.

“Penggunaan i-kad adalah sebagai pengenalan diri pelajar asing, tetapi bukan sebagai ganti pengenalan diri yang mutlak kepada pasport,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mahu semua agensi penguat kuasa undang-undang menerima i-kad pelajar asing ini sebagai kad yang sah sebagai pengganti kepada pasport.

Mustafar berkata imigresen sedang memuktamadkan format i-kad untuk dimasukkan sebagai sebahagian kepada draf Peraturan-Peraturan Imigresen (Pindaan 2017) melalui Bahagian Hal-Ehwal Imigresen KDN.

“I-kad untuk pelajar asing ini akan diperkenalkan dengan format baharu dan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi mengelakkan pemalsuan dan salahguna kad ini,” katanya.

Menurutnya i-kad format baharu itu akan dilengkapkan dengan cip biometrik versi baharu dan nombor pengenalan diri kekal agar diiktiraf oleh semua agensi penguatkuasaan.



Thus Article I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing

Itulah artikel I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/i-kad-akan-diwartakan-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "I-Kad akan diwartakan sebagai pengenalan diri pelajar asing"

Catat Ulasan

Loading...