Loading...

HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa

Loading...
HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa
link : HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa

Baca juga


HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa






Pakatan Harapan mengumumkan rancangannya untuk 100 hari pertama selepas mengambil alih Putrajaya.

Membaca kenyataan gabungan itu, pengerusi baru HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa ia, antara lain, akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Di bawah adalah senarai perkara-perkara yang dirancang untuk dilakukan:

- Menghapuskan GST;
- Menstabilkan harga petrol;
- Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
- Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
- Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
- Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB; dan
- Memulihkan Felda.

Mengumumkannya bersama-sama barisan kepimpinannya, Dr Mahathir berkata pakatan itu komited kepada matlamat bersama untuk menurunkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar lewat tengah malam Jumaat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Parti-parti dalam HARAPAN - DAP, PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia - juga komited untuk menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja.

Mereka juga bersetuju untuk "membatalkan dan membetulkan" semua tindakan yang melanggar undang-undang oleh kerajaan semasa, yang memberi kesan kepada kepentingan rakyat.

Ini termasuk mengembalikan semula dana awam yang telah hilang melalui skandal besar 1MDB, kata parti-parti tersebut dalam pernyataan yang dibacakan oleh Dr Mahathir itu.

Mereka juga bersetuju untuk membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan segala tuduhan terhadap mereka, serta melakukan reformasi undang-undang dan institusi untuk mencegah penyalahgunaan kuasa.

HARAPAN dalam mesyuaratnya malam tadi turut memuktamadkan logo dan struktur kepimpinannya selepas berbulan-bulan rundingan.

Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai ketua umum, manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai presiden HARAPAN.

LIHAT VIDEO DI SINI



Thus Article HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa

Itulah artikel HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/harapan-ikrar-hapuskan-gst-dalam-masa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HARAPAN ikrar hapuskan GST dalam masa 100 hari berkuasa"

Catat Ulasan

Loading...