Loading...

Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan

Loading...
Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan
link : Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan

Baca juga


Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan


Menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan meringankan beban ditanggung rakyat sekarang ini, adalah antara janji Pakatan Harapan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum.
Dalam kenyataan itu Pakatan Harapan berkata, sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, gabungan itu komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
• Menghapuskan GST;
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan
• Memulihkan FELDA.
“Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan
“Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;
“Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Pakatan Harapan mendukung matlamat menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Najib; memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Najib, termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB.
Pakatan Harapan juga berjanji membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik; melakukan reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan, terutama berhubung kuasa Perdana Menteri; dan menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.
Selain itu, Pakatan Harapan juga melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden; manakala timbalan pula terdiri daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.
Menurut kenyataan itu, Pakatan Harapan juga memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.


Thus Article Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan

Itulah artikel Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/hapus-gst-ringankan-beban-rakyat-antara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hapus GST, ringankan beban rakyat antara janji Pakatan Harapan"

Catat Ulasan

Loading...