Loading...
Tajuk : Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran
link : Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran
Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran
SEORANG lelaki cedera di kepala selepas terkena pisau pemotong daging yang dilemparkan oleh seorang wanita ketika dia sedang bergaduh dengan suaminya.
Kejadian bermula apabila wanita itu, Channa, 30, telah bertengkar dengan Sim Thea, 30. Dalam pergaduhan itu, Sim telah mengoyak baju isterinya dengan menggunakan pisau berkenaan di rumah mereka di Kampung Cham, Kemboja.
Channa bagaimanapun berjaya merampas pisau tersebut dan cuba melempar keluar dari tingkap. Dia menyangka pisau itu akan melayang masuk ke dalam sungai namun tekaannya salah apabila pisau itu `mendarat’ di atas kepala Chea Sokkot, 29.
Chea yang juga sepupu Channa ketika itu sedang membaiki jala. Pisau tersebut tepat mengenai kepala Chea Kecederaannya agak teruk namun dia berada dalam keadaan stabil di hospital.
Menurut doktor, nasib baik pisau terbabit tidak dicabut pada masa itu, kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan dan mungkin membunuh Chea.
Sementara Channa pula telah ditangkap polis. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran
Itulah artikel Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/gaduh-dengan-suami-baling-pisau-kena.html
0 Response to "Gaduh Dengan Suami Baling Pisau Kena Kepala Jiran"
Catat Ulasan