Loading...

Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

Loading...
Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster
link : Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

Baca juga


Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster


MODEL botol air mineral di stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, kesal dengan tindakan segelintir kumpulan lelaki yang ‘mencabul’ gambar posternya dengan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Wanita berusia 25 tahun itu tidak menyangka gambar posternya yang dibertujuan menceriakan pelanggan diperlakukan sedemikian rupa sehingga mencetuskan rasa kurang senang dirinya dan suami.

“Selama ini saya tidak mengambil serius apabila ada segelintir pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi seperti mencium, mencuit hidung atau memeluk poster itu ketika bergambar.



“Namun ada beberapa lelaki yang bertindak keterlaluan menyebabkan saya berasa malu dan sedikit marah kerana ia agak keterlaluan.

“Kalau usik sikit-sikit seperti tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima sebab ia hanyalah poster. Tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mungkin mereka mahu bergurau tetapi saya rasa segan sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya memetik mStar Online.

Nor Shafila juga mendedahkan suaminya juga kurang selesa melihat posternya diperlakukan seperti itu tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.



“Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung, lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya berharap jangan ada individu yang bergambar seperti itu lagi selepas ini.

“Boleh bergurau tetapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Memang ramai yang suruh buat laporan polis atau saman tetapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.

“Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu,” katanya.

Nor Shafila mula dikenali ramai selepas papan posternya bersaiz separuh badan manusia sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Tidak lama kemudian, Nor Shafila ‘muncul’ sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

Itulah artikel Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/gadis-air-mineral-shell-kesal-diraba.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster"

Catat Ulasan

Loading...