Loading...

Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah

Loading...
Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah
link : Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah

Baca juga


Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah


KUALA LUMPUR - Pemandu kereta nombor pendaftaran BMS 7 yang video pergaduhannya viral di media sosial Khamis lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan melanggar kereta seorang seorang lelaki, lapor Harian Metro.

S. Simran Singh, 27, pelajar jurusan undang-undang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid. 

Mengikut pertuduhan, Simran didakwa telah melakukan khianat dengan mengundurkan kereta dan melanggar bahagian bumper hadapan kereta yang dipandu oleh Mohd Kamil Mokhtar, 49.

Simran didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Jalan Pahang menghala ke Jalan Genting Klang pada jam 12.45 tengah hari, 13 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes. 


Dalam video pergaduhan yang viral di media sosial pada 16 Julai lalu, Simran dilihat bergaduh dengan seorang lelaki sejurus kemalangan itu berlaku. Simran mendakwa lelaki itu telah melanggar belakang keretanya. 

Menurut Simran, dia mengambil keputusan untuk beredar selepas orang ramai mula campur tangan dan bimbang dengan keselamatan dirinya, sebelum membuat laporan polis pada hari kejadian.

Berita berkaitan:
Kereta saya dilanggar dari belakang, saya bukan road bully - Pemandu BMS 7


Sumber : Gengviral


Thus Article Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah

Itulah artikel Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/didakwa-melakukan-khianat-pemandu-bms.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Didakwa melakukan khianat, pemandu BMS mengaku tidak bersalah"

Catat Ulasan

Loading...