Loading...

'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'

Loading...
'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'
link : 'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'

Baca juga


'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'


MUAR, JOHOR - Sebelum ini, viral di media sosial sebuah kereta Perodua Myvi diletakkan di dalam kawasan rumah jirannya tanpa kebenaran, menyebabkan jirannya itu berang lalu mengempiskan keempat-empat tayar dan mencalarkan kereta tersebut. 

Kali ini, sebuah kereta jenis yang sama diletakkan di depan pagar sebuah rumah, menyebabkan pemilik rumahnya tidak dapat masuk ke dalam rumah. 

"Assalamualaikum anak-anak Muar. Saya nak tanya ada sesiapa di sini yang mengenali pemilik kereta ini? Harap boleh mengalihkan kenderaan daripada terus parkir di dalam rumah saya, sehingga saya nak buka pintu pagar pun tak boleh. Apatah lagi nak masuk ke dalam rumah," kata Rozinor Nasir di Facebook group Anak-Anak Muar. 

Menurut Rozinor, dia tidak kisah jika pemiliknya mahu meletakkan kenderaannya di situ, tetapi sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 

"Ini tidak, sudahlah tidak meminta izin, malah parkir betul-betul di depan pintu pagar depan rumah saya," katanya. 

Jelas Rozinor, sebelum itu dia ada meletakkan tong sampah di depan pagar rumahnya yang dijadikan sebagai tanda larangan meletakkan kenderaan di depan rumahnya. Namun tong sampah itu dialihkan. 

"Saya bukan marah atau kedekut, tapi fikirlah. Kalau saya nak buka pintu pagar pun tak boleh, macam mana saya nak masuk ke dalam rumah?" soalnya. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang menyarankan Rozinor memecahkan cermin kereta tersebut agar masalah dapat diselesaikan. 


Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman di mana mereka pernah menghadapi situasi yang sama. 

"Pernah berlaku pada saya. Bila saya tegur, saya pula yang kena marah. Sepatutnya saya yang marah sebab dia telah menyusahkan saya," kata netizen. 


Sumber : Gengviral


Thus Article 'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'

Itulah artikel 'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/dahlah-park-depan-rumah-tak-minta-izin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'"

Catat Ulasan

Loading...