Loading...

Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

Loading...
Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu
link : Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

Baca juga


Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu


PERNAH dengar orang Korea fasih berbahasa Melayu? Mungkin kedengarannya agak aneh dan lucu, namun tidak bagi gadis manis ini.

Seok Da-Hye, 24, peserta kategori antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri Ke-11 yang berasal daripada Korea Selatan ini belum pernah mengunjungi Malaysia sebelum ini namun dia jatuh cinta dengan Bahasa Melayu yang menurutnya sangat unik!

Kata gadis manis yang lebih selesa disapa Da-Hye ini, dia sudah lebih empat tahun mendalami bahasa Melayu dan berkesempatan untuk mempelajari bahasa ini di Surabaya dan Bali, Indonesia.

Menurut penuntut Hankuk University Of Foreign Studies ini juga, antara wadah yang digunakan olehnya untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Melayunya adalah melalui bacaan dan latihan secara lisan.

“Setiap hari saya membaca terjemahan Al-Quran dan surat khabar berbahasa Melayu. Di samping itu, saya turut berbicara dengan mereka yang boleh berbahasa Melayu sama ada penuntut Universiti Hankuk yang berbangsa Melayu ataupun pensyarah-pensyarah yang berasal dari Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Apabila ditanya mengapa dia memilih Bahasa Melayu sebagai fokus pengajiannya, Da-Hye ternyata mempunyai alasannya yang tersendiri.

“Saya suka belajar bahasa asing dan saya fikir di mana-mana sahaja terdapat orang yang belajar Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, tetapi saya mahu belajar bahasa yang lebih unik. Oleh itu, saya memilih Bahasa Melayu,” ujarnya.

Apa yang menarik lagi tentang Da-Hye adalah kebolehannya bukan sahaja berpidato tetapi juga menyanyi dalam bahasa Melayu!

Katanya, dia amat meminati lagu-lagu hit Indonesia dan sering menyanyi sebagai cara untuk meningkatkan kefahaman dan kefasihannya dalam berbahasa Melayu. Malah, dia juga mengaku amat meminati genre dangdut! Waduh!

Eksklusif untuk Mynewshub, Da-Hye mendendangkan lagu Aku Cuma Punya Hatinyanyian Mytha buat pembaca semua. Ah, bikin penasaran dibuatnya!

Da-Hye bakal bersaing dengan 50 orang daripada 3 kategori di peringkat saringan untuk berentap bagi mencapai ke peringkat akhir pertandingan PABM 2017 yang bakal diadakan pada 26 Julai ini. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

Itulah artikel Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/comel-gadis-korea-nyanyi-lagu-bahasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu"

Catat Ulasan

Loading...