Loading...

CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

Loading...
CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah
link : CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

Baca juga


CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah





ALOR SETAR: Kepemimpinan DAP perlu patuh dan tidak bersikap angkuh dengan mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).


Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, berkata beliau sememangnya sudah mengetahui masalah yang berlaku malah turut membangkitkan isu terbabit berbulan-bulan bagi menyelamatkan DAP di Kedah.

Katanya, keputusan ROS yang mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC adalah mengikut undang-undang yang adil.

“Kepemimpinan DAP dan CEC jangan angkuh dan degil kerana ROS sudah nyatakan keputusan. Buatlah pemilihan semula dan kali ini lakukan dengan telus supaya hak ahli terbela.

“Tindakan ROS ini bukanlah disengajakan untuk menyusahkan DAP tetapi ia adalah hasil siasatan yang dilakukan secara adil maka hormatilah arahan terbabit.

“Bagi kepemimpinan DAP Kedah yang dilantik CEC pada 2013, berundurlah secara terhormat kerana keputusan yang dibuat ROS jelas menunjukkan lantikan terbabit tidak sah,” katanya yang dihubungi BH.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, hari ini bahawa ROS akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu.

Empat tahun lalu, DAP Kedah berdepan kemelut dua `kapal’ berbeza selepas Guan Aik, diarah melepaskan jawatan berkenaan bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang dilantik CEC DAP ketika itu.

Tindakan CEC yang dianggap melangkaui pengesahan ROS, Guan Aik yang dilantik secara sah dalam mesyuarat agung DAP 2008 dengan mengikut perlembagaan kemudian menghantar dua surat kepada ROS, termasuk pada 3 Oktober 2013, supaya agensi berkenaan menyiasat perkara itu.

Guan Aik berkata, beliau akan memanggil semua kepemimpinan DAP Kedah yang disingkirkan CEC yang dipimpin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bagi membincangkan perkara ini.

“Saya harap apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ketiga ini selepas AGM yang berlangsung pada 2012 dan 2013 mengalami kepincangan diadakan semula, ROS perlu menjadi badan pemerhati utama supaya ia berlangsung dengan telus,” katanya – bharian



Thus Article CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah

Itulah artikel CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/cec-dap-akur-keputusan-ros-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "CEC DAP: Akur Keputusan RoS, Jangan Angkuh – Bekas Pengerusi DAP Kedah"

Catat Ulasan

Loading...