Loading...
Tajuk : Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan
link : Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan
Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan
Gout adalah jenis arthritis yang menyakitkan yang disebabkan oleh lebihan asid urik dalam tubuh badan. Asid urik dalam aliran darah menyebabkan kristal terhasil pada rawan tendon, sendi dan tisu lain. Tisu-tisu ini kemudiannya akan mengalami keradangan dan sering mencetuskan kesakitan yang serius tanpa diduga.Penyakit gout lebih biasa menyerang golongan lelaki berbanding wanita. Kesakitan yang dialami paling kerap dirasai di bahagian kaki (terutamanya ibu jari). Tetapi, kesakitan juga boleh dirasai pada sendi lain seperti di pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan, jari dan siku. Sendi ini boleh membengkak dan kelihatan lebam.
Bila sakit gout menyerang, kebanyakan orang pasti mahukan sakit itu berkurangan dan lega dengan cepat. Kebiasaannya, rawatan untuk gout melibatkan ubat yang merendahkan paras asid urik seperti corticostreroid dan juga ubat tahan sakit seperti ibuprofen. Gout dilihat sebagai penyakit yang boleh menyerang sepanjang hayat, jadi ubat-ubatan ini akan berada dalam hidup pesakit gout untuk selamanya.
Ubat-ubatan biasanya mempunyai kesan sampingan lagi-lagi ubat tahan sakit yang sekiranya diambil terlalu kerap boleh menjejaskan buah pinggang. Jadi, selain rawatan perubatan sebaiknya ubah juga diet harian dan amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah serangan penyakit gout ini dari kerap berulang.
Punca Penyakit Gout
Penyakit gout adalah kesan dari pengumpulan asid urik selama bertahun-tahun yang dikenali sebagai hiperuricemia. Biasanya, asid urik larut dalam darah dan melalui buah pinggang untuk disingkirkan. Tetapi, bila asid urik dihasilkan terlalu banyak atau ia tidak disingkirkan melalui urin, asid urik akan berkumpul dan membentuk kristal di sendi kita.
Alkohol, sesetengah makanan dan ubatan, tekanan dan faktor genetik boleh menyebabkan paras asid urik meningkat dan seterusnya mendedahkan anda pada risiko serangan gout.
Rawatan Semulajadi Atasi Penyakit Gout
Berikut rawatan semulajadi yang boleh bantu mencegah penyakit gout, mengurangkan gejalanya dan mengawal kesakitan.
1. Cuka epal sider
Cuka cider epal adalah rawatan mudah untuk sakit gout dan bengkak. Sifat cuka yang berasid membantu meringankan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Tambah satu sudu teh cuka epal sider ke dalam segelas air dan minum dua hingga tiga kali sehari. Jika anda dapati cara ini sangat membantu, anda boleh menambah jumlah cuka epal sider ke dalam gelas minuman anda.
2. Buah ceri
Buah ceri mengandungi antioksidan yang sangat membantu mengurangkan sakit gout. Anthocyanin yang terkandung di dalam buah ceri boleh bantu mengurangkan keradangan dan gejala gout. Cuba makan 15-20 biji buah ceri setiap hari untuk bantu atasi sakit gout.
3. Halia
Halia mempunyai ciri-ciri anti-radang dan boleh digunakan dalam pelbagai cara sebagai rawatan untuk sakit gout. Anda boleh masukkan halia dalam masakan anda setiap hari atau rebus setengah sudu teh halia dan kemudian minum air rebusan halia tersebut. Cara lain adalah dengan membuat pes halia dengan cara menggabungkan halia dengan air dan sapukan pada bahagian tubuh yang terjejas dan biarkan selama 30 minit. Semua cara ini dapat membantu mengurangkan sakit gout dan gejalanya.
4. Air
Sekiranya anda mengalami sakit gout dan bengkak, sangat penting untuk kekal terhidrasi dan minum banyak air. Ini akan membantu menyingkirkan asid urik dari badan anda dan seterusnya meletakkan gout dalam kawalan.
5. Pisang
Paras kalium yang tinggi dalam pisang membantu menukarkan kristal asid urik dalam badan ke dalam bentuk cecair, yang kemudiannya akan keluar dari badan melalui kencing. Pisang juga mengandungi vitamin C, yang boleh bantu mengurangkan bengkak dan kesakitan. Cuba tambah satu atau dua biji pisang dalam pengambilan makanan harian anda sebagai rawatan untuk sakit gout.
6. Air sejuk
Suhu sejuk membantu mengurangkan bengkak. Walau bagaimanapun, dalam kes gout, penting untuk merendam kawasan yang terjejas dalam air sejuk untuk melegakan kesakitan dan bukannya menggunakan ais. Ais boleh merosakkan kulit, menjadikan keadaan lebih teruk.
7. Baking soda
Baking soda boleh mengurangkan jumlah asid urik dalam tubuh, yang merupakan penyebab utama gout, dan juga melegakan sakit gout. Campurkan setengah sudu teh ke dalam segelas air dan minum sehingga empat kali sehari selama dua minggu. Sekiranya anda berusia di atas 60 tahun hanya minum larutan ini tiga kali sehari.
8. Arang
Arang antara rawatan yang berpotensi untuk sakit gout. Arang menyerap asid urik, yang seterusnya membantu mengurangkan kesan gout pada tubuh. Cara rawatan adalah dengan buat air mandian dengan campuran setengah cawan serbuk arang atau buat pes dengan gabungkan serbuk arang dan air dan sapukan ke kawasan yang terjejas.
9. Garam epsom
Garam epsom mengandungi tahap magnesium yang tinggi, yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Rendam bahagian tubuh yang terkena dalam campuran garam Epsom dan air suam untuk melegakan rasa sakit dan untuk mengurangkan bengkak.
10. Senaman
Senaman mengurangkan tahap asid urik dalam badan dengan cara menjadikan tahap insulin normal. Senaman boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan gejala gout.
11. Lemon
Cara terbaik untuk melegakan sakit gout dan bengkak adalah dengan mengurangkan jumlah asid urik dalam aliran darah. Jus lemon menjadikan badan lebih beralkali dan seterusnya mengurangkan jumlah asid. Cuba tambah jus lemon ke dalam air anda dan minum sekitar tiga gelas sehari.
12. Elakkan gula, alkohol, soda dan kafein
Dengan mengurangkan pengambilan gula, anda boleh mengurangkan risiko diserang gout. Alkohol dan kafein boleh mengakibatkan anda dehidrasi dan menyebabkan paras asid urik dalam aliran darah meningkat.
Atasi Gout Dengan Vivix Shaklee
Vivix merupakan minuman botani yang tinggi kandungan antioksidan dan satu-satunya suplemen yang dapat membantu memperbaiki kesihatan tubuh badan hingga ke peringkat sel. Vivix diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan telah menjalani pelbagai ujian klinikal demi untuk memastikan ianya adalah produk yang berkualiti dan selamat untuk diambil.
Vivix mampu untuk merendahkan paras asid urik dalam badan seterusnya merndahkan risiko serangan gout. Pengambilan vivix secara berterusan dapat memperbaiki tahap kesihatan dan melindungi organ dalam badan daripada mengalami kerosakan. Dengan ini, organ seperti buah pinggang dapat berfungsi dengan normal dan dapat melakukan proses penyingkiran asid urik dengan jayanya seterusnya dapat mencegah serangan gout dari berulang. Selain itu, vivix mempunyai sifat anti-keradangan yang dapat bantu mengurangkan kesakitan akibat serangan gout.
Feedback Pengguna
Untuk mengatasi gout dan mencegahnya dari berulang, pemakanan wajib dikawal. Kena selalu beringat untuk menghadkan pengambilan makanan yang boleh mencetuskan serangan gout. Pengambilan suplemen yang betul secara berterusan juga membantu mengatasi gout dari berulang.
Jangan bertangguh lagi. Cegah sebelum parah. Hubungi saya segera untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk ini.
Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
Thus Article Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan
Itulah artikel Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/cara-semulajadi-atasi-penyakit-gout.html
0 Response to "Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan"
Catat Ulasan