Loading...

Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]

Loading...
Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL] - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL], Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]
link : Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]

Baca juga


Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]


Buku terbitan kumpulan Melayu liberal, G25 yang bertajuk “Breaking the Silence” telah diharamkan baru-baru ini oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyentuh isu kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut penulisan Nizam Bashir pada muka surat 25 di dalam buku tersebut, aplikasi undang-undang syariah di negara ini tidak boleh diuji berdasarkan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menentang ciri-ciri sekular negara ini. 

Nizam juga menambah, “Allah dan Rasulnya telah memberikan hak untuk privasi dan juga supaya tidak dipaksa dalam hal-hal berkenaan kepercayaan.” 

Aston Paiva, yang merupakan peguam dan pejuang hak asasi LGBT di negara ini pada muka surat 40 dan 41 menyatakan bahawa hakim-hakim mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan nilai moral peribadi mereka. 

Aston juga menegaskan, “Ahli Parlimen, Exco negeri, dan pihak berkuasa awam tidak boleh mencemarkan keputusan mereka dengan doktrin keagamaan.” Selain daripada itu Aston berpendapat bahawa, perlu ada sistem perundangan demi memperbetulkan kerosakan yang telah dilakukan oleh ahli politik selama berdekad-dekad lamanya ke atas demokrasi. 

Bagi institusi keluarga berikut adalah tuntutan Aston, “Keluarga: Untuk membenarkan perkahwinan campur agama, mempertahankan hak asasi kanak-kanak dan menjenayahkan apa amalan kebudayaan atau keagamaan yang mengancam kehormatan manusia,” tegasnya lagi. 

Pakar Perlembagaan Persekutuan Shad Saleem Faruqi dalam penulisannya di muka surat 74 pula menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan sedang ditulis semula. 

Artikel 3 dan Senarai II jadual kesembilan telah mengatasi keagungan perlembagaan, bab hak asasi dan pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri. Nampaknya kita sedang menuju ke model “Satu negara dua sistem”. 

Menurut Firdaus Husni di muka surat 83, “Kewujudan struktur birokrasi Islam di Malaysia perlu dikaji semua berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan, ini dapat menghalang pegawai undang-undang syariah dan penguatkuasa daripada melangkaui batasan dan bidang kuasa mereka, selain menyelesaikan konflik yang wujud akibat pertindihan kuasa (persekutuan dan negeri) buat selama-lamanya.” 

Menurut Azmi Sharom pada muka surat 97-99 pula, “Artikel 153 bukan satu hak. Ianya sekadar satu kebenaran untuk diskriminasi positif.” 

Selain itu Azmi Sharom juga di muka surat 101 mendakwa bahawa, sungguhpun penyebaran agama kepada umat Islam itu dihadkan namun, kebebasan mereka untuk memilih agama adalah tidak terbatas. Tetapi ini bukan realitinya di Malaysia kerana banyak negeri telah menjenayahkan perbuatan murtad. 

Lim Heng Seng di muka surat 150 membuat dakwaan, “Dalam keadaan di mana terdapat suara-suara yang menuntut Islamisasi sistem perundangan, hakim-hakim perlu bertindak dengan saksama tanpa mengambil kira kepercayaan mereka.

Lim Heng Seng turut menambah, “Sebagai bahagian perundangan kerajaan, mereka tidak terbatas dengan kewajipan untuk mempertahankan dan mempromosikan Islam mengikut bidang kuasa mereka mahupun memudahkan dan menggalakkan orang ramai untuk menyusun kehidupan berlandaskan Syariah.” 

Terdapat pelbagai hasutan dan tohmahan yang dikenakan oleh para panel penulis buku ini. KDN bertindak adil dalam pengharaman buku ini sungguhpun terlambat menguatkuasakan undang-undang ke atas buku yang dijual semenjak 5 Disember 2015. 

Antara mereka yang terlibat menyumbang artikel kepada buku yang diharamkan ini adalah Maszlee Malik, Azmi Sharom, Chandra Muzaffar, Farouk A. Peru, Firdaus Husni, Lim Heng Seng, Mohd Azizuddin Mohd Sani, Shad Saleem Faruqi, Mohd Nawab Osman, Rosli Dahlan, Syed Farid Alatas, Aston Paiva, Shazal Yusuf Zain, Mohd Sheriff Mohd Kassim, Zainah Anwar dan beberapa individu lain.

-menara


Thus Article Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]

Itulah artikel Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL] Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL] dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/buku-g25kahwin-campur-agama-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]"

Catat Ulasan

Loading...