Loading...

Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia

Loading...
Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia
link : Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia

Baca juga


Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia


ALOR SETAR – Seorang lagi kanak-kanak yang lemas akibat terjatuh ke dalam kolam tadahan air di Kuala Nerang pada Khamis lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pagi tadi.

Muhammad Rusyaidi Mohamad Na’am, 5, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik HSB berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9.24 pagi.

Ibu mangsa Kharuni Nan, 32, berkata dia sekeluarga reda dengan pemergian anak tunggalnya itu kerana doktor telah cuba sebaik mungkin menyelamatkan nyawa anaknya selepas jantungnya kerap terhenti malam tadi.

“Dia berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke hospital tiga hari lalu. Jadi kami reda dengan takdir selepas melihat keadaannya yang aktif sebelum ini tiba-tiba menjadi kaku dengan badannya dipenuhi dengan wayar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB hari ini.

Kejadian itu turut mengorbankan Nur Damia Nadhirah Shahruddin, 5, yang maut di tempat kejadian selepas ditemui lemas di dalam kolam sedalam 2.5 meter.

Kharuni yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata dia tidak menyangka perubahan sikap anaknya yang gemar menarik perhatiannya sejak kebelakangan ini merupakan petanda bahawa anak kesayangannya itu akan pergi buat selama-lamanya.

“Dia suka menyanyi dengan kuat bagi menarik perhatian saya dan apabila saya marah dia akan cepat memujuk dan akan terus mengambil hati hingga nampak saya tersenyum. Selain itu dia cukup berselera makan cucur durian seminggu sebelum kejadian sedangkan dia tidak suka buah durian atau hidangan lain yang menggunakan isi durian,” katanya.

Katanya jenazah anaknya itu dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Semeliang selepas solat Asar. – BERNAMA


Thus Article Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia

Itulah artikel Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/budak-lemas-di-kolam-tadahan-meninggal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Budak Lemas Di Kolam Tadahan Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Loading...