Loading...

Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…

Loading...
Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut… - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…
link : Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…

Baca juga


Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…


BARU sahaja kita dikejutkan dengan insiden dua artis dikir barat wanita yang menyanyi sambil bergelek dalam tarian gelek pinggul yang menjolok mata di sebuah majlis perkahwinan di Kelantan.

Insiden aneh terbabit menerima pelbagai kecaman netizen khusus daripada penduduk di negeri Pantai Timur, ekoran telah mencemarkan nama baik negeri Serambi Mekah itu.

Kini, media sosial di Indonesia pula heboh memperkatakan tentang seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang berpakaian seperti ‘Pak Lebai’ rancak menari dangdut dalam satu majlis keraian.

Dalam rakaman video berdurasi 3 minit 5 saat itu, warga emas itu dilihat masih gagah dan lincah ‘bergoyang’ bersama-sama dua penyanyi dangdut wanita sambil disaksikan puluhan penonton.

Video yang asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook pada 29 Jun itu sehingga kini ditonton lebih 420,000 kali, mendapat lebih 3,200 perkongsian serta mengundang lebih 1,400 komen.


Ada yang mengatakan kejadian itu berlaku di Aceh, Indonesia namun kami tidak dapat memastikan kesahihan perkara itu berikutan tiada maklumat lanjut mengenai rakaman video.

Rata-rata pengguna media sosial menghentam teruk perlakuan lelaki itu gara-gara telah menghina kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi republik berkenaan terkenal dengan bilangan umat Islam paling ramai di dunia.

“Aduh hancur, bapak bukalah dulu serban baru la berjoget. Malu la atuk,” kata Santiy Santiy mengulas video itu.

Manakala Farid Kurniansyah berkata: “Inilah kemunculan ustaz yang bertopengkan munafik.”

Bagaimanapun, segelintir netizen pula menganggap tindakan lelaki berpangkat ‘atuk’ tersebut tidak salah kerana mungkin dianggap ingin berhibur di majlis berkenaan.

“Masih ok lagi ni, biasalah manusia kan perlu hiburan. Ini kan di majlis pernikahan, mungkin dia sudah lama tidak menari,” kat Senja Zauzaha.

Sementara itu, ada juga yang mengatakan kemungkinan besar lelaki itu melatah akibat diusik seseorang dan terus menari dalam keadaan tidak sedarkan diri. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…

Itulah artikel Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut… dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/bila-pak-lebai-hanyut-dengan-gelek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bila Pak Lebai ‘Hanyut’ Dengan Gelek Dangdut…"

Catat Ulasan

Loading...