Loading...

'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang

Loading...
'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang
link : 'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang

Baca juga


'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang


MARAN, PAHANG - Seorang wanita warga emas cedera ditikam anaknya sendiri kerana tidak berpuas hati dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 6.45 petang semalam di Felda Jengka 10, mangsa berusia 64 tahun cedera di rusuk dan paha kiri serta belakang badan, dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suspek berusia 40 tahun itu membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dan memaklumkan mahu mencuci tikar getah.

"Mangsa melarang suspek yang juga seorang penganggur berbuat demikian kerana hari sudah gelap. Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

"Sebaik saja keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong," katanya.

Jeritan mangsa itu didengar oleh jiran dan bertindak menolak suspek yang kelihatan agresif, sebelum membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Mazlan, suspek yang dipercayai melakukan perbuatan itu di bawah pengaruh dadah kemudian melarikan diri. Tetapi berjaya di tahan di tepi jalan utama oleh anggota polis dengan bantuan orang awam kira-kira setengah jam kemudian.

Pemeriksaan pada badan suspek, polis menemui sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan awal polis melaporkan, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dilarang oleh ibunya dari membasuh tikar getah itu.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai tujuh kesalahan lampau yang kebanyakkannya membabitkan kesalahan dadah.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sementara itu viral di media sosial, video suspek dibelasah oleh adik lelakinya sendiri. Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan si adik membelasah abangnya bertubi-tubi dan orang ramai yang di sekeliling hanya menyaksikan kejadian itu tanpa campur tangan. - The Reporter


Thus Article 'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang

Itulah artikel 'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/bbi-kau-tikam-mak-aku-adik-belasah-abang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'B*bi! Kau tikam mak aku!' - Adik Belasah Abang"

Catat Ulasan

Loading...