Loading...

Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester

Loading...
Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester
link : Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester

Baca juga


Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester


BEBERAPA hari lepas dunia bersedih apabila digemparkan dengan berita pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington.

Berikutan berita kematian Chester, media antarabangsa memfokuskan pada tekanan yang melanda vokalis tersebut sehingga sanggup ‘mengambil’ nyawanya sendiri.

Antara menjadi tumpuan, ‘Heavy’ yang merupakan single pertama daripada album terbaharu kumpulan itu, ‘One More Light’ yang dilancarkan pada bulan Mei lalu.

‘Heavy’ adalah hasil tersendiri Chester bersama Mike Shinoda, Brad Delson, Julia Michaels dan Justin Tranter.

Setiap bait lirik lagu tersebut menceritakan masalah serta tekanan yang melanda Chester dan bagaimana keadaan itu menukarnya menjadi ‘gila’.

Mike Shinoda ketika ditemui majalah Billboard membuat pengakuan bahawa Chester berada dalam keadaan yang sangat tertekan sewaktu penghasilan lagu berkenaan.

“Saya tanya adakah dia okey. Pada mulanya dia kata okey, tetapi selepas itu dia mengakui berdepan terlalu banyak perkara dalam hidupnya.

“Katanya, dia berasa seakan-akan sedang lemas,” ujar Mike.

Dalam pada itu, Chester turut tidak menafikan bahawa dia sedang berada dalam tahap melawan tekanan.

“Saya sudah tiba pada satu fasa dalam hidup di mana saya boleh mengalah dan mati, atau terus berjuang. Dan saya pilih untuk berjuang,” katanya dalam satu temuramah terakhir dengan The Mirror.

Chester Charles Bennington atau lebih dikenali sebagai Chester Bennington meninggal dunia pada 20 Julai lalu ketika usianya menjangkau 41 tahun.

Bapa kepada enam orang anak ini ditemui mati tergantung dalam kediamannya di Los Angeles, pagi Khamis lalu.

Selain pernah berhadapan dengan isu penyalahgunaan dadah dan alkohol, vokalis ini turut melalui zaman kanak-kanak yang hitam kerana pernah mengalami penderaan seksual. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura



Thus Article Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester

Itulah artikel Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/bait-lirik-heavy-ceritakan-tekanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester"

Catat Ulasan

Loading...