Loading...

Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !

Loading...
Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !
link : Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !

Baca juga


Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !

PETALING JAYA: Badan Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bulan depan selepas mempertikaikan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh 2 hakim tertinggi.
Presiden George Varughese berkata mesyuarat bulanan hari ini berpendirian pelantikan Tan Sri Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan “terang-terangan tidak berperlembagaan”.
“Kami dalam proses merangka resolusi untuk dihantar kepada ahli,” katanya hari ini. Perincian akan dimaklumkan selepas draf resolusi dihantar kepada kira-kira 16,500 ahli di Malaysia Barat menjelang minggu depan.
Pejabat Perdana Menteri semalam ketika mengesahkan keputusan itu berkata Raus akan terus memegang jawatan ketua hakim negara untuk 3 tahun lagi mulai 4 Ogos, manakala Zulkefli akan terus berkhidmat sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk 2 tahun lagi mulai 28 September.
Mereka dijadual bersara apabila usia mencecah 66 tahun ini.
Difahamkan EGM bertujuan mendapatkan mandat dari ahli sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
Notis 7 hari mesti diberi untuk mengadakan EGM, yang memerlukan korum 500 orang.
Di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976, Badan Peguam boleh mengadakan EGM atau atas permohonan sekurang-kurangnya 150 ahli.
EGM seperti itu pernah bersidang 3 dekad lalu, apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat 6 hakim termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, lalu mencetuskan krisis badan kehakiman yang berpanjangan.
Putrajaya berkata keputusan mengekalkan Raus dan Zulkefli dibuat mengikut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman hari ini berkata keputusan itu memberi gambaran para hakim sedia ada di Mahkamah Persekutuan belum sedia untuk diangkat.
Bekas presiden Badan Peguam Zainur Zakaria berkata mengekalkan Raus dan Zulkefli menghantar mesej hakim lain di Mahkamah Persekutuan tidak layak. #sumber


Thus Article Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !

Itulah artikel Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/badan-peguam-buat-egm-pertikai-tindakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Badan Peguam Buat EGM, Pertikai Tindakan "Lanjut Tempoh" Hakim !"

Catat Ulasan

Loading...