Loading...

Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno

Loading...
Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno
link : Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno

Baca juga


Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno Kelantan merasakan Amanah masih belum cukup pengalaman untuk bercakap soal memerintah, sekaligus mahu melantik pemimpin mereka sebagai menteri besar negeri itu.
 
Ketua Pembangkang Kelantan, Datuk Norzula Mat Diah juga melihat peluang Datuk Husam Musa untuk menjadi menteri besar sangat tipis, apatah lagi Amanah hanya memiliki satu kerusi DUN di negeri itu.
 
Sekaligus, beliau menyifatkan cadangan Lim Kit Siang itu tidak lebih sekadar cakap-cakap kosong yang tidak menggugat kedudukan PAS mahupun Umno.
 
"Kosong. Omong-omong kosong sahaja. Ini pun omong-omong kosong sahaja Lim Kit Siang ini. Yang mana kita tidak merasakan gentar pun dengan kenyataan Kit Siang ini. 
 
"Parti baru, yang mana mesti dapat komitmen daripada rakyat juga. Parti baru ini kita tidak merasakan bahawasanya akan menggugat keadaan parti asal ini. PAS dan Umno. Kita mengharapkan Umno yang dapat memerintah di Kelantan bukan Amanah. 
 
"Bagi saya Husam ini tiada apa-apa. Hanya Husam yang ada kerusi Amanah yang lain tiada. Macam mana dia menerima untuk menjadi MB di negeri Kelantan ini saya pun tidak tahulah. Macam mana kekuatan dia yang mana dia ni walaupun lama dalam PAS. Tetapi dalam Amanah baru, kerusi hanya Salor," katanya ketika dihubungi Antarapos.  
 
Media sebelum ini melaporkan Kit Siang ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kota Bharu menyatakan impiannya untuk melihat Husam diangkat menjadi menteri besar jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Katanya, beliau percaya Husam boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.
 
Pencalonan itu diterima Husam dengan hati terbuka atas dasar strategi, selain menambah ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH).  
 
Walau bagaimanapun, cadangan terbuka Kit Siang itu belum pernah dibincangkan di peringkat tertinggi PH.
 
Amanah, parti serpihan PAS yang kini bernaung di bawah PH bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah berikrar untuk menakluk Kelantan pada PRU14 akan datang.
 
Keyakinan tersebut turut pernah disuarakan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub yang dilaporkan berkata, partinya sedia menentang PAS di setiap kerusi yang bakal dipertandingkan menjelang PRU kelak.
 
 


Thus Article Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno

Itulah artikel Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/amanah-tak-cukup-pengalaman-bagaimana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah tak cukup pengalaman, bagaimana mahu perintah Kelantan?, soal Umno"

Catat Ulasan

Loading...