Loading...

Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS

Loading...
Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS
link : Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS

Baca juga


Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menganggap Amanah sebagai 'anak kandung yang derhaka', demikian reaksi Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengulas kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa bahawa partinya merupakan 'anak kandung' PAS.  
 
Mohd Khairuddin dengan sinis berkata, jika benar Amanah adalah 'anak kandung', masakan parti itu sanggup menderhaka dengan 'bapanya'.
 
Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengumpamakan situasi tersebut seperti Bani Israel yang mengaku bapanya adalah Nabi Yaakob namun gagal mencontohi keperibadiannya.
 
"Bermakna Amanah adalah 'anak kandung' derhaka PAS
 
"Seperti Bani Israel, dari keturunan Isa mengakui mereka adalah anak nabi bernama Yaakub. Tetapi perangai mereka tak serupa dengan Nabi Yaakub iaitu bapa mereka. Seperti Amanah, mengakui 'anak kandung' PAS tetapi berperangai tak sama dengan PAS. Sebab itu saya kata mereka 'anak kandung' derhaka PAS," tempelaknya.
 
Semalam, Husam mendakwa partinya merupakan 'anak kandung' PAS kerana lebih dekat dengan parti itu, sekaligus menafikan ia berkaitan dengan DAP.
 
Ujar Husam, anggapan PAS bahawa Amanah sebagai 'anak luar nikah' ekoran ia dilihat sebagai saingan hebat parti itu terutama di Kelantan.
 
Amanah, parti serpihan PAS yang kini bernaung di bawah Pakatan Harapan (PH) bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah berikrar untuk menakluk Kelantan pada PRU akan datang.
 
Keyakinan tersebut turut pernah disuarakan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub yang dilaporkan berkata, partinya sedia menentang PAS di setiap kerusi yang bakal dipertandingkan menjelang PRU kelak.
 
PAS kini menguasai 31 kerusi daripada 45 kerusi DUN di negeri berkenaan. 
 
Khairuddin dalam pada itu menganggap ahli-ahli Amanah ada yang 'rindu' dengan PAS dan kerana itu saling mengaitkan dua parti berkenaan.
 
"Mereka masih rindukan PAS sebab itu mengatakan mereka 'anak kandung' PAS. Mereka rindu untuk kembali kepada PAS.
 
"(Namun) Derhaka kepada perjuangan PAS, berpakat dengan orang yang menghina bapa PAS iaitu Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya lagi.
 
 


Thus Article Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS

Itulah artikel Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/amanah-anak-kandung-yang-derhaka-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah 'anak kandung' yang derhaka, kata PAS"

Catat Ulasan

Loading...