Loading...

ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah

Loading...
ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah
link : ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah

Baca juga


ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Anugerah 'Best Municipal Manager' dimenangi bekas dan penyandang jawatan Datuk Bandar Pulau Pinang yang didakwa dibeli daripada sebuah organisasi antarabangsa menjadi tanda tanya pelbagai pihak.
 
Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, mahu kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan sama ada proses memperoleh kedua-dua anugerah itu mengguna pakai wang rakyat atau sebaliknya.
 
Selain itu, katanya, kerajaan negeri perlu juga menjelaskan sama ada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut membuat bayaran kepada organisasi antarabangsa terbabit.
 
"Adalah agak menghairankan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negeri yang sama di Malaysia boleh memenangi anugerah sama daripada sebuah organisasi antarabangsa di Eropah, pada dua tahun berturut-turut.
 
"Europe Business Assembly (EBA) ialah organisasi yang dikatakan tidak berwibawa untuk mendapatkan anugerah. Justeru, adakah wang milik rakyat di negeri ini dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah terbabit?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Pada Julai 2014, Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Mohd Sharif yang ketika itu menyandang jawatan Yang Dipertua MPSP serta majlis berkenaan turut memenangi anugerah sama, daripada EBA dalam majlis diadakan di Stresa, Itali.
 
Malah, MPSP turut menerima tiga sijil pengiktirafan daripada EBA, iaitu 'Best Holiday Destination', 'Best Cities' dan 'Top Medical/Travel/Hospitality Web-site'.
 
Pada Julai 2013, bekas Datuk Bandar MBPP, Datuk Patahiyah Ismail yang ketika itu menyandang jawatan Yang Dipertua MPSP dianugerah 'Best Municipal Manager' manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini MBPP) menerima 'Best Municipality Award' daripada EBA dalam majlis diadakan di Montreuz, Switzerland.
 
Sementara itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri kesal berhubung dakwaan anugerah diterima daripada dua PBT adalah meragukan dan palsu.
 
Bagaimanapun, katanya, pendedahan terbabit tidak seharusnya dijadikan asas menafikan pencapaian dan pengiktirafan lain yang diterima MBPP dan MPSP daripada pelbagai agensi Persekutuan.
 
"Kami berharap pimpinan di kedua-dua PBT ini dapat mengambil pengajaran dan lebih berhati-hati apabila dicalonkan untuk anugerah seumpama itu, " katanya.
 
 


Thus Article ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah

Itulah artikel ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/adun-bn-dakwa-pbt-pulau-pinang-beli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN BN dakwa PBT Pulau Pinang beli anugerah"

Catat Ulasan

Loading...